Tuesday, September 02, 2008

Iftar awal ramadan

Tahun ini Ramadan datang dengan kami saja bertiga di rumah ini. Tahun ini ramadan menjelang dengan melihat saya beriftar seorang. Otto habis tugasnya sejam selepas waktu iftar dan Tomo, si bujang yang tinggal, balik dari kelas mengajarnya 3 jam selepas waktu iftar. Tomo membuat kerja sampingan luar waktu belajar. Dia mengajar di Pusat kelas malam. Untuk bekal berbuka, saya bungkuskan nasi kepal bermacam rasa atau burger dengan sebotol air.
Jadinya saya berbuka seorang sahaja.
Hari pertama Ramadan, kedua-duanya Otto dan Tomo, tidak dapat duduk bersama beriftar, jadi saya menjemput beberapa pelajar JPA yang masih ada di sini, yang lain sudah balik ke rumah di Malaysia masing-masing sebab sekarang cuti penggal musim panas.


Menu:
Gulai lemak cili padi nangka dengan ikan masin (yang kuning).
Rendang daging nogori.
Sup petula bersama telur.
Ulam kacang botol dengan sambal tempoyak
Pulut kuning dengan serunding daging

Manisan:
kurma
Hum chee paeng
Buah jambu air, buah naga, buah belimbing manis dan buah anggur hitam.
Antara perbualan yang terdengar...
Eh, mana auntie dapat buah nangka?
Aik, engkau tak nampak ke pokok nangka depan rumah auntie tu?
Dah bertahun keluar-masuk rumah auntie, masih tak perasan ke?
Itulah nangka buah sulung, hah ini rezeki engkau dapat rasa buah nangka sulung tanaman uncle.
Sebenarnya nangka itu belum masak sangat lagi tapi agaknya terlampau berat, dia merekah. Auntie takut lalat dapat masuk dalam sarungnya, jadi berulat pula. Itulah auntie suruh uncle potong sebelum nangka itu masak.
Yang buah naga itu pun dari laman rumah auntie, tak nampak ke berjuntaian di tempat letak kereta depan rumah tu?

Depan belakang rumah auntie menjalar-jalar buah naga. Sekarang musim dia berbuah, bergantung sana sini, berbuai-buai sana sini.
Jambu air tu mana auntie dapat, pun tanam ke?
Oh, jambu air tu kakak ipar auntie bawa dari rumahnya, dia ada sepohon buah itu, manis sangat.
Auntie kalau ada petis rojak, lagi sedap buat cecah.
Oh, ada...
Tempoyak nie mana auntie dapat?
Oh, tempoyak auntie bawa dari Seremban, tempoyak itu auntie buat sendiri. Masa balik Seremban bulan lepas, auntie tengok durian berlambak-lambak di belakang rumah sedara, auntie pungut semua dan ramaskan isi durian, masukkan sikit garam dan masukkan dalam botol.
Bila bawa sebotol balik Okinawa hari tu, sikit durian masam itu tertumpah. Nasib pegawai itu memang malang, dalam banyak-banyak bagasi yang auntie bawa, dia pilih yang bag durian tumpah itu.
Bila auntie buka bag itu untuk diperiksa, alangkah berbaunya...auntie mengaku memang bau durian jeruk, sememangnya busuk. Pegawai Jepun itu, ialah orang Jepun, manalah tau itu durian jeruk, menjadi takut menjenguk lama-lama. Cepat-cepat dia minta auntie tutup bag itu dan kata lulus, lulus.
Selamat auntie, save by the durian busuk...alhamdulillah.

Kacang botol itu dicecahkan dengan tempoyak pun sedap. Kacang botol itu, jiran auntie kasi. Kacang botol banyak menjadi di pagar rumahnya, sampai tak termakan. Bila dia tau auntie suka ulam kacang botol, hari-hari dia hantar kacang botol ke rumah ini.
Engkau dah habis makan tempoyak ini ke?
Auntie kena tutup cepat-cepat, nie uncle sibuk kata busuk, busuk...

Hah, nanti balik bawalah balik gulai nangka ini, auntie tak habis makan.
Kalau boring-boring, datang rumah auntie, berbuka sama.
Auntie memang berbuka seorang saja.

Selamat bersahur dan beriftar semua. Rahmatullah.

12 comments:

  1. Salam kak lela

    ambui meriahnya iftar orang di Okinawa. Zar hari ni masak sardin jer sebab tekak dah kembang dengan ayam, ikan dan daging.

    Kacang botol tu kalau banyak boleh buat urap, goreng dengan isi ikan.. yummmiii

    ReplyDelete
  2. Kak lela...

    Meriah nyer buka puasa ...
    su pon start mggu dpn kena buka puasa sorang2 je la nmpknyer...sama mcm tahun lps..

    tapi, tahun ni kami beraya kat Malaysia...hoooraayyyyyy

    ReplyDelete
  3. Selamat Menyambut Ramadhan semoga Ramadhan Membawa Keberkatan

    ReplyDelete
  4. wah kak lela meriah berbuka tu walaupun family tak ada.. tak pelah at least ada kawan kan buat teman buka..

    lepas tu rasa mcmk at msia pulak siap dengan lauk pauk yang enak2..

    selamat berpuasa

    ReplyDelete
  5. wah... kecur air liur tgk lauk pauk kak lela... mmg kalah lagi dari kitaorang yg berbuka kat mesia ni hehehe

    ReplyDelete
  6. syoknye...makanan yg terhidang, macam suasana kat m'sia la ek. memacam ada..

    ReplyDelete
  7. sakan sakan ... :) gulai nangka memang sedap, kena pulak dengan sambal tempoyak + ulam2... berapa pinggan jemputan bertambah nasi :) nyum nyum...

    ReplyDelete
  8. salam kaklela...

    hehehe...seronoknya perbualan orang di Okinawa..paling tak tahan gelihati..auntie kena tutup botol tempoyak tu cepat-cepat ...hahaha..kesian uncle agaknya pening kepala dia melayan bau tempoyak macam pegawai kastam tu jugak..

    ReplyDelete
  9. kak lela..selamat berpuasa....
    seronoknya tgk tanaman kak lela tu...

    raya balik tak?

    ReplyDelete
  10. Assalmualaikum Kak Lela..

    sedapnya juadah berbuka.. nyum.. nyum.. ;)

    ummu nak mintak kebenaran kak lela untuk linkkan blog kak lela ni dalam blog ummu.. ummu selalu visit blog kak lela ni.. harap satu hari nanti dapat jumpa kak lela in person.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  11. salam sifu,
    wah, sedapnyer juadah berbuka puasa. rasa semua nak sumbat. buat fina terliur jer...
    salam ramadhan buat sifu sekeluarga...

    ReplyDelete
  12. selamat berpuasa kak, semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat di bulan yg mulis ini. :)

    ReplyDelete