Inilah pucuk-pucuk yang digunakan dalam ulam dan salad untuk hidangan kami berdua.
Berbagai daun letus dan daun salad kami tanam di belakang rumah. Kalau perhatikan pohon di tengah itu ialah anak durian belanda.
Ini pucuk shungiku (corn marigold) atau sejenis bunga kek wa.
Ini pula daun mitsuba atau saya gelarkan sebagai daun pegaga Jepun.
Mitsuba atau pegaga Jepun setelah digoreng bersama daging kambing untuk menghilangkan bau. Kicap manis daging kambing bersama mitsuba dan kentang.
Yang di sebelah itu sop ubi keledek bersama sohoon dan kobis panjang.

Selepas 3 hari, 3 malam bermakan-makan petai sebanyak 5 papan, saya menerima satu bencana. Saya salahkan diri ini. Bukan petai yang tidak bersalah itu.
Bencana itu melanda dan menumbangkan diri ini selama 6 hari. Dalam keadaan melepek dan berpucat muka, saya membawa jasad yang longlai ini berjumpa seorang pakar kesihatan.
Alhamdulillah, saya tidak melepek lagi dan wajah ini kembali berwarna semula tapi seumur hidup yang berbaki ini, saya akan menikmati petai hanya dari jauh sahaja.