Monday, July 27, 2009

Tatkala tahi gigi kering...



Ini Ai Miyazato. Anak tulin Okinawa. Dia menang Pertandingan Wanita Golf Evian Masters semalam. Yang peliknya Otto. Tak habis-habis dia menatap permainan budak ini (sama umur anak sulung). Dari satu berita sehingga berita lain. Berita yang sama diulang-ulang. Pelik betul. Punyalah Otto dan umat Okinawa yang lain berbangga! Pengumuman di radio beri ucapan tahniah. Berita tempatan di televisyen pun beri ucapan tahniah.
Lagi satu, budak Ai ini berasal dari kampung Higashi-son. Wah, bukan main gembira ria betul orang-orang kampung dia. Nenek dan datuk tua yang dah kerepot umur 70, 80, 90 joget-joget beramai-ramai. Berpimpin tangan, berpusing-pusing kesukaan.
Mendapat tempat pertama, budak Ai ini dapat bawa balik seguni duit sebanyak US$487,500.
Datuk bandar Higashi-son tersenyum sampai kekeringan tahi gigi. Nak tahu kenapa?
Ingat tak cukai pendapatan?
20% kemenangan ini dikenakan cukai. Kira, tolak, bagi, darab jumlan US97,500 masuk ke akaun cukai. Nak tahu siapa dapat duit cukai ini?
Kampung dia dapat, Higashi-son.

Sekarang dah tahu kan kenapa datuk bandar tersenyum sampai tahi gigi kering?


********************

4 comments:

  1. sampai gelap kulit dia. berbaloi tidak dengan hampir 1/2 juta dollar dimenangi

    ReplyDelete
  2. Saya pun akan senyum sampai kering tahi gigi kalau saya datuk bandar Higashi-son. Gratis USD97,500!

    ReplyDelete
  3. kihkihkihkih...
    bole imagine camner sengih datuk bandar tu...

    ReplyDelete
  4. hak3 senyum lebar tuh~

    ReplyDelete