Monday, September 28, 2009

Tatkala bahasa terpinggir...

Saya dilantik sebagai ahli penel temuduga untuk Jabatan Sumber Manusia Negeri Okinawa.

Mereka akan menaja seorang peserta ke Malaysia untuk menjalani kursus Masters selama dua tahun dalam program Pelancongan.
Setelah tamat kursus ini, peserta tersebut diharapkan dapat memperkenalkan pulau ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik untuk rakyat Malaysia.
Duit rakyat akan dicurahkan kepada peserta ini sebanyak hyakuman setahun (lebih kurang RM3,200 /bulan) dan kursusnya berlangsung selama 2 tahun.

Peserta ini pernah belajar di sebuah kolej di Petaling Jaya selama 4 tahun. Pembelajarannya selama empat tahun di KL itu menggunakan hanya BI.

Saya bertanya kepada peserta ini kenapa memilih belajar lagi di Malaysia.
Katanya senang!
Semua pelajaran dijalankan dalam BI. Lagi pun kawan-kawannya bercakap dalam BI. Tak perlu membuang masa lagi belajar BM.

Saya minta beliau menyebut perkataan Melayu yang beliau masih ingat. Beliau menyebut nasi ayam, makan, air, ikan.

Adakah selama empat tahun, itu sahaja perkataan yang beliau tahu?

Bandingkan dengan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Jepun selama empat tahun.
Mereka membawa balik ke Malaysia kemahiran Bahasa Jepun!

Saya tanya apa yang bagus sangat di Malaysia.
Peserta kata dia suka orang Malaysia yang laid-back, yang tak fussy.

Saya tanya lagi apa yang dimaksudkan dengan tak fussy.

Peserta itu menjelaskan bahawa orang Malaysia tak kisahkan apa-apa. Tak kisahkan masa, tak kisahkan bahasa. Itu senang, katanya.

Peserta itu menyatakan kalau dia belajar di negara Thai, dia harus belajar bahasa Thai. Sama juga negara-negara lain tapi untuk negara Malaysia, tak perlu belajar BM!

Saya terdiam. Mengeluh dalam batin.
Jengkel betul. Benci bukan kepada peserta itu. Jengkel kepada sikap orang Malaysia.

Orang Malaysia rugi betul.

Mana hilangnya maruah orang Malaysia sehingga begini tanggapan anak-anak muda dari negara lain.

Universiti Ryukyu di pulau ini mengadakan kelas bahasa Thai, kelas bahasa Indonesia, kelas bahasa Cina, kelas bahasa Sepanyol, kelas bahasa Perancis tapi tak ada kelas bahasa Melayu.

Agaknya pihak Malaysia sendiri memandang BM tidak penting.
Mana salahnya kita?

Saya di Okinawa. Hidup saya di Malayisa hanya beberapa tahun sahaja. Saya tidak bertutur dalam bahasa Melayu lagi di sini dan saya terasa sangat kehilangan sesuatu yang sungguh berharga. Sebab itu saya mengambil kesempatan menulis dalam Bahasa Melayu di blog ini untuk terus menghidupkannya di pulau ini.
Tidak ada apa yang saya boleh banggakan darihal bahasa Melayu lagi. Apa yang ada pada bahasa Melayu, jika pelajar yang pergi ke Malaysia pun tidak perlu belajar BM?

Kata-kata "Tidak hilang Melayu (Baca:BM) di dunia", sudah tidak relevan.

Bahasa Melayu sudah pun separuh hilang.

Mungkin orang Melayu sendiri tidak sedar hal ini.
Mereka tidak sedar.
Mereka betul-betul tidak sedar (kecuali beberapa orang sahaja!).

*********

15 comments:

  1. kak lela
    ada seorang pelajar jepun di ukm ini, dulu housemate saya di hostel postgraduate, yang ambil master by research. dia buat perbandingan kesultanan melaka dengan sistem feudal samurai jepun. dia sangat fasih bahasa melayu. hi, hi, sebab dia juga baru saya tahu banyak cerita sebenar kesultanan melaka.

    ReplyDelete
  2. Dear Sis,
    Tidak dinafikan kebenaran kata2 Sis..
    Org2 Malaysia bangga kerana boleh ckp BI.
    Memang selalu mcm tue.

    Yalah..
    Kalau leh berkomunikasi BI maknanya nampak hebat.
    Dan tidah hairanlah kalau BM akan semakin hilang.
    Org2 Malaysia yg tak fasih ckp BI kena belajar ckp BI supaya tak malu kerana ramai yg bertutur BI walaupun sesama Malaysian.

    *Berdasarkan pengalaman.

    ReplyDelete
  3. tidak lama lagi hilanglah BM di sini bagaikan hilangnya bahasa ibunda di Brazil, Argentina, Chile etc ditelah dek bahasa Sepanyol.

    ReplyDelete
  4. memang mengecewakan la..

    kerakyatan pun diberi kan kepada org yg tak fasih BM..

    na wat camno.. pihak berkuasa taknak kuatkuasakan..

    kita kat bwh ni apola yg boleh buat.. ngikut je la

    ReplyDelete
  5. Salam..saya sukakan Jepun kerana mereka mengutamakan bahasa rasmi dan menggunakan bahasa yang sama.. saya sukakan Malaysia kerana kepelbagaian kaum, budaya, bahasa.. namun kepelbagaian inilah yang menjadikan rakyat kita keliru.. apalah makna 1 Malaysia jika kita tidak faham bahasa kaum lain yg bangsanya adalah Malaysia?

    ReplyDelete
  6. sama, sebab tu saya pun menulis blog dalam bahasa melayu kerana tidak selalu bertutur bahasa melayu.... pada saya kalau kita menulis, kita membaca dan bercakap di dalam hati.. jadi ianya menolong untuk tidak melupakan bahasa melayu.....

    ReplyDelete
  7. Semoga rasa cinta kepada Bahasa Melayu tu tumbuh mekar di hati kita dan anak-anak kita...

    ReplyDelete
  8. I Love Japan coz of mereka tetap mengutamakan Bahasa Ibunda mereka.

    Thts y kalau org2 lain yg datang ke Japan akan pandai ckp Japan coz mereka mengekalkan bahasa mereka.

    ReplyDelete
  9. salam 11syawal klela

    Nampak ceria klela menyambut aidilfitri 1430H, hidangan pun penuh meja berwarna-warni. Nina tak sempat nak tangkap gambar aidilfitri kali ini, taktau nina sibuk apa? Cuma yang pasti tahun ni terasa sambutan tak sehangat dulu, mungkin aura HIN1 membuatkan sambutan raya di Brunei sedikit kurang dari biasa, sementalah HM Sultan pun tidak membuka istananya seperti biasanya :(

    maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  10. kak lela

    ya betul orang malaysia sangat rugi..

    BM tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya...

    ReplyDelete
  11. belasungkawa kpd bhs melayu. Saya sedih amat.

    ReplyDelete
  12. Dengan rendah dirinya saya mengaku majoriti masa harian saya dengan pertuturan Bahasa Inggeris.

    Tapi saya jadi bangga bertutur Bahasa Melayu di perantauan. Sepanjang 6 kali di Jepun pun untuk bercuti, tak pernah gatal mulut nak berbahasa Inggeris dengan Zaini ataupun Raimie. Saya bangga orang Jepun dengar "Bahasa Asing" saya.

    ReplyDelete
  13. Puan,

    Perkongsian yang cukup bermakna, harap pihak-pihak berwajib ada terbaca tulisan puan ini. Dalam Mingguan Malaysia semalam, PM juga ada ulas mengenai bahasa Melayu selepas pertandingan pidato antarabangsa. Namun....

    ReplyDelete
  14. Saya pun sedih dengan kedudukan Bahasa Melayu di universiti-universiti di Malaysia. Malah universiti berstatus KEBANGSAAN pun galak mempromosikan Bahasa Inggeris. Pelajar luar negara hanya diperlukan belajar Bahasa Melayu satu semester sahaja bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan masyarakat sekitar. Tesis di peringkat pasca siswazah bagi pelajar luar negara tidak lagi diwajibkan ditulis dalam Bahasa Melayu. Mesyuarat di peringkat fakulti dan universiti kebanyakannya dikendalikan dalam Bahasa Inggeris, malah pensyarah atau profesor yang tidak fasih berbahasa Inggeris lebih suka mendiamkan diri.

    ReplyDelete