Thursday, May 12, 2011

Bunga sawi

Bunga Sawi
Kebanyakan orang pernah melihat sayur sawi. Kadang-kadang ada juga yang terlihat bunga sawi pada hujung-hujung sayur sawi. Orang Jepun makan bunga sawi. Nano hana istilah orang Jepun memanggil bunga sawi. Mereka rebus bunga sawi dan campurkan sos dari biji bijan dan minyak bijan. Bunga sawi hanya boleh dimakan begini mengikut musim-musim tertentu saja. Lagi pun yang digunakan hanya bunga sawi yang muda saja. Jika bunga lambat dipetik, ketuaan membuat bunga-bunganya kasar dan tak berapa enak lagi.
Gambar itu menunjukkan padang sawi. Sayur sawi ini sengaja dinantikan sampai berbunga. Bunganya pun tidak dipetik. Selepas layu bunga-bunganya, benih sawi membesar seperti kacang dalam lenggai (kulit pod). Benihnya inilah yang dinanti-nantikan. Benih sawi digunakan untuk semaian tanaman baru pula.

*Lokasi gambar adalah di lereng bukit dekat dengan rumah penulis.*

*****

2 comments:

  1. Suka sangat tengok warna kuning penuh satu padang. Cantik. :)

    ReplyDelete
  2. sejuk mata memandang dan tidak sangka bunganya boleh setinggi itu.

    ReplyDelete