Saya seorang pesimitik. Kala-kala perangai ini terbawa-bawa sehingga saya enggan beramah mesra dengan orang-orang yang saya rasa lebih berkaliber dan lebih bijak dalam penulisan mereka. Saya bukan sombong. Saya sudah terbiasa tinggal bersendiri di pulau ini, tanpa kawan sekampung untuk berbicara.
Penulis-penulis di Malaysia memperjuangkan bahasa di khalayak sendiri, memajukan bahasa dengan niat untuk memperkuatkan taraf bahasa Melayu di masyarakat yang kian melalaikannya.
Saya penulis yang terbuang jauh di pulau Selatan Jepun. Duduk saban malam sendiri, mengetuk kekunci alatnya berjuang di medan bahasa untuk matlamat ini.
Berdiam-diam di dunia saya, saya juga berusaha dengan cara tersendiri. Saya tidak naik pentas, saya tidak mendeklamasi puisi dalam dewan bersama para pendengar berbangsa Melayu, saya tidak berpeluang bermesra dengan pengawai tinggi dalam alam penulisan bahasa Melayu.
Saya bersendiri. Saya seorang. Jauh di pulau ini.
Kerana jarak yang jauh ini, saya tidak sedar cerpen
(http://cyberita.asia1.com.sg/mrencana/story/0,6879,187580-1304287140,00.html)
ini telah diterbitkan (pada 1 Mei, 2011 di akbar utama Berita Harian, Singapura) sehinggalah dimaklumkan melalui emel dari penerbitnya sendiri.
Inilah hasil perjuangan saya, dan saya harap saya diterima dalam kumpulan kamu. Berilah saya peluang menjadi anggota bersama menperjuangkan bahasa yang tercungap-cungap ini.
*****
Tuesday, May 03, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Puan Leyla :
ReplyDeleteKejayaan menerbitkan karya bukan perkara baru bagi Puan. Setahu saya sebelum ini pun Puan sudah menerbitkan karya dalam bahasa Jepun/Inggeris dan Melayu juga.
[Merujuk para akhir teks di atas] : Setiap orang mempunyai ruang yang luas untuk berkarya dalam Bahasa Melayu. Bahasa Jiwa Bangsa. Wassalam.
Nice hat.
ReplyDelete