Friday, April 29, 2011

枇杷

Buah Biwa
Buah ini dalam b. Inggeris adalah loquat, tapi istilah b. Melayu saya belum jumpa lagi. Panggilan dengan nama loquat berasal dari b. Mandarin. Dari mengutip b. Mandarin, saya lebih lega sebut BIWA sebab b. Jepun sudah menjadi seakan jati diri. Harap kawan-kawan yang baca pun setuju.

Buah ini saya kunyah dan baki benih itu saya berikan kepada Otto, minta dia tanamkan beberapa puluh tahun dahulu. Dia tak setuju, katanya tak ada tempat sesuai untuk ditanamkan. Saya campak biji-biji itu dan ia membesar. Lalu dibiarkan meninggi. Sesudah lebih sedekad, dalam 4-5 tahun ini kami dapat rasakan buahnya yang juicy (tak ada istilah juicy dalam b. Melayu-mereka kata buah banyak air saja-macam tertutup imaginasi). Siat kulitnya saja, makan dan keluarkan biji hitam yang biasanya terkandung dalam 2-3 ulas.

Tahun ini alhamdulillah, lebat buah biwa ini. Saya tunggu Otto petik. Tak juga dia petik (memang sudah masa, cukup masaknya). Bila ditanya kenapa tak petik, dia kata saya tak minta dipetik.
La...takkanlah nak minta. Petiklah saja, bila dah ada, pandai-pandailah saya makan. Takkan nak suruh-suruh sangat, orang lelaki mana gemar kita perempuan suruh-suruh. Menyampah diorang. Tapi tak juga petik, sampai terliur saya mendongak. Pula burung mata putih bertenggek, rajin membuat lubang pada buah-buah ini.
Maka merajuklah saya. Saya pun menyampah sebab ingin sangat merasa (buat pertama kali) pada tahun ini ia bermusim.

Saya cakaplah hati ini terkecil (bukan tersinggung-itu dah over) dia tak petikkan. Kalau saya petik sendiri, takut pedang lidah berkilau-kilau mengomel pula (tanaman bukan tugas saya). Selepas tahu hati ini, barulah dipetiknya.
Wahai kaum adam,
kita cakap susah, kita diam pun susah. Bukan baru kenal pun, dekat nak 3 dekad bersama.
Lelaki
, kita sangat-sangat perlukan mereka tapi mereka seperti biawak KOMODO.

Oh makluman...ini bukan soal peribadi, saya sedang berbincang tentang komunikasi dalam rumah tangga yang tanam pohon biwa. Harap-harap kawan-kawan yang ada pohon biwa, rajin-rajinlah bercakap-cakap dengan pasangan.

Harap-harap juga Putera William akan melahirkan zuriat, bergugus-gugus seperti buah biwa dalam gambar ini.

Yeah. Tunggulah William! Nantikan nenek engkau mangkat dan bapa engkau pergi baru dapat pijak tahta.

Happy minggu golden untuk kanak-kanak golden dan marhaen yang tidak golden juga.

*****

8 comments:

  1. Salam.
    Saya pun tak tahu nak panggil apa buah ni tapi memang panggil loquat!!! Hahahahahah walaupun tak lah kuat mana!

    ReplyDelete
  2. わあ。。 懐かしい。。。

    Dah lama tak makan buah ni...

    ReplyDelete
  3. kleyla ni kan macam-macam lah. Kita dah skit perut ketawa. Hahahahaha nak tahu juga rupa biawak KOMODO tuh :p

    ReplyDelete
  4. nina,
    kalau google KOMODO, akan dibawa ke sebuah pulau di Indonesia. Biawak ini hidup bebas bersaing manusia di pulau ini.

    ReplyDelete
  5. bawang goreng,
    mochiron kepada orang yg selalu makan buah ini sebab susah nak dapatkan di Msia.

    ReplyDelete
  6. uncle,
    lagi panggil loquat yang berasal dari b, mandarin, panggil biwa pun ok juga.

    ReplyDelete
  7. Puan,

    Nampak dalam gambar macam buah bidara. Oleh kerana bidara banyak jenis (bidara laut; bidara hutan dan lain-lain), maka boleh saja dinamakan BIDARA JEPUN atau bidara China. Bidara memang digemari burung. Di mana saya boleh dapat benih yang terdapat dalam gambar itu? Tak pernah saya lihat di Malaysia, kecuali bidara hutan dan bidara laut yang menurut orang hanya dimakan burung-burung saja.

    ReplyDelete
  8. Tuan Mohd. Affandi Hassan,
    Saya percaya Tuan juga pemerhati alam kerana orang yang tidak minat kepada alam tidak akan mengambil endah akan tajuk ini. Walau bagaimana pun saya amat menghargai persoalan yang Tuan kemukakan dalam komen ini.Selepas membaca anggapan Tuan pada jenis buah ini, saya membuat sedikit kajian, memcari persamaan dan perbezaan antara buah bidara dan buah biwa.

    Kesimpulannya:-
    Buah Bidara atau jujube:
    Kingdom: Plantae
    Division: Magnoliophyta
    Class: Magnoliopsida
    Order: Rosales
    Family: Rhamnaceae
    Genus: Ziziphus
    Species: Ziziphus mauritiana

    Buah biwa atau loquat:
    Kingdom: Plantae
    (unranked): Angiosperms
    (unranked): Eudicots
    (unranked): Rosids
    Order: Rosales
    Family: Rosaceae
    Genus: Eriobotrya
    Species: Eriobotrya japonica

    Fakta-fakta ini menunjukkan buah bidara dari spesis keluarga Rhamnaceae dan buah biwa pula dari spesis keluarga Rosaceae.

    Buah biwa sudah masuk pasaran komersial. Saya pernah lihat buah biwa di gedung-gedung besar di Singapura (mungkin itu musimnya) berbalut sebesar buah epel.Buahnya sungguh manis dan berair, sangat berbeza dengan buah bidara yang digunakan untuk lain fungsi untuk orang Melayu.

    Insya-Allah saya cuba carikan benih buah biwa (benih dalam taman rumah saya mungkin dari baka kecil, saya carikan yang sudah ada di pasaran). Kalau ada, saya akan berhubung dan membawanya untuk Tuan bila saya balik bercuti nanti, insya-Allah.
    Wassalam.

    ReplyDelete