Majalah Pendidik
Seorang sahabat (pendidik) dalam Facebook berkongsi photo ini ketika dia melihat-lihat bilik perpustakaan di sekolahnya.
Mengguna ayatnya "Majalah pendidik. Untuk guru. Keluaran april & Mei 2010."
Baru hari ini saya tahu. Tak sangka novel saya menjadi bahan rujuk untuk majalah ini.
*******
Sunday, September 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau disiar begini, siri ke siri dalam majalah, tiada royalti ke Kak Lela?
ReplyDeleteHakcipta dilihat bagaimana untuk publikasi sebegini?
Kak Lela;
ReplyDeleteSaya pun nak tanya soalan yang sama seperti di atas. Kalau Kak Lela sendiri baru tahu, ini sudah pelik.
Pn Lina & Tn Jorazak,
ReplyDeleteSaya jawab untuk kedua-dua soalan, senang sikit.
Dalam empat isu (april, mei, jun, julai), Majalah Pendidik mangambil hanya petikan dalam novel ini, bukan cover to cover.
Saya sudah menerima maklumat dari Penerbit KarnaDya, penerbit telah memberi izin utk Majalah Pendidik menyiarkan petikan-petikan novel ini.
Tentang tuntutan royalti pula, penerbit berhak untuk memberi izin dan penulis tidak boleh menuntut royalti (dalam urusan ini selama 3 thn). Ini ada ditulis dalam surat perjanjian.
Kenapa saya tidak tahu hal ini?
Penerbit ada hak mempromosi buku2 dalam syarikat terbitan mereka. Ini urusan di antara penerbit dan majalah berkenaan. Menurut penerbit penulis tidak perlu dimaklumkan.
Inilah sedikit sebanyak perbualan saya dengan penerbit karnadya.
Apa2 pun saya sangat berbersar hati dengan Penerbit kerana ini adalah satu promosi buat buku saya.
Jika Pn Lina dan Tn Jorazak jumpa artikel tentang novel saya disiarkan di mana-mana majalah, sila maklumkan. Saya menghargai jasa2 baik ini.
wassalam.