Tuesday, November 29, 2011
Kembara Ranung (Hari 2)
Inilah bas yang digantikan untuk kami menyambung perjalanan kembara ini selepas bas yang mengalami kemalangan itu ditahan oleh Polis Thai. Bas ini baru, luas, selesa dan bersih. Berkata dalam hati juga, mungkin ada hikmahnya. Kemalangan itu memberi kami kemudahan dan keselesaan untuk meneruskan kembara ini.
Ini salah sebuah masjid yang kami ziarah di Ranong. Kami berhenti sebentar dan dihidangkan dengan minuman ringan juga bersambung ke makan tengah hari setelah Seminar Budaya dan Bahasa dibentangkan oleh beberapa pensyarah dan para ilmuan.
Panel dari para ilmuan, pensyarah dari gedung-gedung pelajaran tinggi dan pecinta bahasa membentangkan kertas-kertas mereka.
Tuan Djamal Tukimin sebagai wakil dari Singapura turut menyertai Kembara Budaya dan Bahasa ini. Maklumat ini saya dapat tahu setelah dua hari dalam perjalanan ini.
Djamal Tukimin dilahirkan di Singapura pada 20 Oktober 1946. Sejak zaman persekolahan lagi Djamal telah menaruh minat yang besar dalam bidang kesusasteraan . Sekitar awal tahun 1960-an Djamal sudah memiliki buku puisi Setanggi Waja karya penyair Noor S.I. Penglibatan Djamal dalam sastera Melayu bermula ketika beliau menyertai peraduan menulis cerpen sempena Bulan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan Singapura pada tahun 1963. Cerpen tersebut memenangi hadiah pertama dan dimuatkan dalam majalah Suara Belia terbitan Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu Singapura (4PM) pada tahun 1963. Selepas itu beliau sering memenangi peraduan menulis dan baca puisi (sajak) .
Karya-karya Djamal telah dimuatkan dalam Gema Meblah Gema II (KL,1972), Puncak Sembilan (Singapura,1975) , Penyair-penyair Singapura Muda Di Tengah Forum Masyarakat (Singapura,1977), Puisi-puisi Nusantara (Kl, 1981), The Poetry of Singapore (Singapura, 1985) , Tiga Warna Bertemu (KL, 1987) , Dinamika Budaya (Singapura, 1991), Resan dan Kesan Kumpulan Makalah Sempena Bulan Bahasa (Singapura, 1992), Rhythm (Singapura, 2000) , Embun Tajjali (Yogyakarta, 2000) , Citra Minda (Singapura, 2003) dan Legasi – Antologi Puisi Nusantara (Shah Alam, 2006).
Sementara karya perseorangan Puisi-puisi Muhajjir (Singapura, 1977) , Betapa Pun Begitu Nyanyian Rindunya Si Anak Geylang Serai (Singapura, 1999) dan Betapa Pun Begitu Pada hari Berkah Ini Cinta Masih Tersisa (Singapura, 2003). Sementara itu buku Arus Teater Singapura merupakan esei teaternya yang pertama. Karya yang lain adalah Sejarah Tidak Pernah Luka Kita Yang Berduka (kumpulan esei sastera 1971-2005), Imam (sebuah novel “kaum muda”), Seekor Kerbau Hitam Legam Dalam Mimpi Sang Pangeran Tomtom (naskah teater satira), Kulayarkan Bahtera Derita Di Atas Gelombang Air Mata (Surat-surat Ketulusannya Zaihasra Kepada Djamal Tukimin), Cinta Adalah Makrifat (kumpulan puisi), dan beberapa buah naskah buku agama.
Para pensyarah dari UPSI-Tanjung Malim. Di kiri adalah Prof Madya Dr. Abdul Halim Ali dan di kanan pula Dr. Khalid Ismail pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris juga.
*******
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,
ReplyDeleteKak Lela,
Sudah jumpa. Lompat dari blog Dr.Maryam.
kak lela,
ReplyDeleteProf Madya Dr Khalid Ismail tu supervisor saya kat UPSI :)
he is really a nice man :)
as salam adli,
ReplyDeleterupanya kita sama2 kenal dengan Dr.Maryam.
Puan ummi,
Dunia ini indah dan kecil. Akhirnya kawan Puan menjadi kawan saya juga, alhamdulillah.