Wednesday, November 30, 2011
Sumpah Kuala Kedah
Peta ini (@google) menunjukkan pada satu ketika dalam sejarah negeri Kedah dijajah oleh kerajaan Siam.
Ramai yang bertanya kenapa Gapena membuat kembara Budaya dan Sastera hingga ke sempadan Myanmar (Burma) dan Thai (Siam).
Baru-baru ini saya terbaca sebuah cerpen yang berjudul "Sumpah Kuala Kedah" dalam isu Oktober 2011 majalah Dewan Sastera.
Ini saya petik beberapa perenggan dalam cerpen ini (karya Zurinah Hassan).
Pada pertengah tahun 1943, kelihatan pula pengawal atau polis berbangsa Thai meronda di pekan Alor Setar. Rakyat mendengar khabar bahawa Jepun telah menyerahkan Kedah kepada Siam. Kononnya sebagai hadiah tanda terima kasih atas budi baik Siam membenarkan askar-askar Jepun melalui negerinya untuk menakluki Malaya. Ayub selalu berkata dalam htinya, "Cantik muka dia. Negeri aku pula dibuat barangan haidah..."
Bagi Ayub sama ada Jepun atau Siam, kedua-duanya sama sahaja. Mereka ialah bangsa asing yang menakluki negerinya. Mereka tiada hak untuk membuat sesuka hati.
Pada pandangannya, Kedah menduduki tempat yang unik sebagai empayar tertua. Sejak abad ke-13, Kedah negeri yang berdaulat dan mempunyai pelabuhan yang terkenal di Sungai Bujang. Sejarah negerinya pernah tertulis dengan tinta gemilang. Tetapi warna kegemilangan mulai pudar apabila Siam muncul sebagai kuasa besar. Kedah mula terancam. Siam yang pada masa sekarang bernama Thailand mengamalkan dasar imperialistik meluaskan jajahan takluknya dan berjaya memaksa negeri-negeri di Utara Semenanjung menghantar ufti berbentuk bunga emas kepadanya. Pada tahun 1791, Siam telah menakluki Kesultanan Melayu Pattani yang merangkumi wilaya Pattani, Yala dan Narthiwat dan menukar namanya menjadi Changwat Pattani.
Pada pertengahan abda ke-18, tanah pusaka moyang mula didatangi oleh bangsa-bangsa dari Barat. Armada Inggeris dan Perancis mencakar luka perairan tanah ibunda untuk meluaskan pengaruh di Asia Tenggara. Pada tahun 1786, Sultan Kedah terpaksa menyerhkan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur yang diwakili oleh Kapten Francis Light. Hal ini dilakukan kerana mengharapkan Britain akan melindungi Kedah kalau Siam menyerang. Tidak cukup dengan sebuah pulau, Syarikat Hindia Timur yang bertentangan dengan Pulau Pinang, 14 tahun kemudian. Tanah itu kemudian dinamai Province Wellesley. Walaupun pengambilan itu melibatkan bayaran sewa, namun hal ini tetap menjejaskan kedaulatan dan maruah sebuah negeri.
Pulau Pinang berpindah tangan, namu begitu apabila Siam benar-benar menyerang Kedah pada tahun 1821, Inggeris tida membantu. Inggeris telah mungkir janji terhadap negeri kecil yang tidak berdaya melawan. Maka, Kedah pun berada di bawah cengkaman Siam.
Bukan tidak ada percubaan untuk merungkaikan kuku penjajahan yang tajam dan berbisa itu. Negerinya juga mempunyai sederetan nama pahlawan yang berani. Antaranya ialah Tunku Kudin yang mengepalai perjuangan untuk mengembalikan maruah ngeri pada tahun 1831 dan Tunku Mohammad Saad yang mengadai nyawa dalam percubaan menghalau penjajah. Tunku Mohammad Saad pernah berjaya mengusi Siam keluar dari Kedah melepasi Singora atau Songkhla. Malangnya, kejayaan itu tidak kekal lama. Siam menyerang balas dan bertindak lebi ganas. Lebih menyakitkan adalah tindakan Inggeris yang tiba-tiba menyebelahi Siam kerana menyedari bahawa persahabatan dengan Siam lebih menguntungkan mereka.
Dengan sokongan Inggeris, Siam tidak takut apa-apa lagi. Rakyat yang cuba bangkit itu dipijak dan dilanyak, ditindas dan dipulas sehabis-habisnya. Mereka membalas kebangkitan rakyat Kedah dengan pelbagai rupa kekejaman yang tidak dapat dibayagkan, yang sanggup dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia. Paling menyakitkan adalah gambaran yang diberikan oleh seorang pegawai tentera laut British yang dihantar untuk memerangi rakyat Kedah. Setelah tiba di sini, pegawai yang bernama Sherard Osborn mnjadi insaf apabila melihat sendiri penyeksaan yang dilakukan terhadap rakyat Kedah. Osborn menyanjung orang-orang Kedah kerana telah bangun mempertahankan hak mereka sendiri. Sherard Osborn telah mengabadikan segala peristiwa berdarah di muara Kuala Kedah dalam bukunya The Blockade of Kedah 1838.
Kesimpulan saya, jika telitikan catatan sejarah ini, tidak hairanlah masih wujud perkampungan orang-orang Melayu dan Islam di beberapa kawasan Myanmar dan selatan Thai.
*******
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment