Wednesday, July 25, 2012

Tekak aku, tekak kamu

Hari ini saya tulis dalam kotak Facebook:
Salah seorang yang memahami akan situasi di musim puasa ini, berkata, "kita yang sangat pentingkan makanan, sebelum ramadhan lagi ustazah sudah berpesan untuk tidak menyiarkan sebarang gambar makanan di fb kerana seperti kita hidup berjiran, apabila masak dan jiran sebelah terhidu bau masakan kita, apa hukumnya kalau kita tak beri makanan yang kita masak tu kepada mereka?.. memang kadang-kadang terkecur juga melihat gambar makanan yang sedap-sedap yang mereka tayangkan tapi diri tak mampu nak beli atau mendapatkannya.."

Kakak-kakak dan para mak dara di luar sana, jangan mengamuk sangat! Ingatlah, orang tengok kita pada apa kita lakukan, bukan orang nampak niat kita dalam hati.
Engkau nak cekek sekeluarga sedap-sedap, cekeklah sendiri. Apa pula nak tayang-tayangkan orang lain. Kalau nak ajarkan resepi, dah pandai guna Facebook, hantarlah kepada orang yang bertanya sahaja. Ini tidak, seratus dunia ditayang-tayangkan. Kepala udang ke apa?
Fikirlah sikit. Ramai orang miskin sana, cik kak. Kesiah tak? Cuba kalau anak akak sendiri tengok gambar2 makanan sedap-sedap itu dan minta dan akak tak dapat berikan, mungkin akak sakit nak mampus tak dapat bangun lagi, mungkin akak tak ada duit, banyak kemungkinan. Ini tidak ada simpati langsung. Ingat tekak sendiri saja. Tak kah kesian pada anak akak itu.

Lagi pun bulan puasalah kak Oiii...kita pentingkan ibadah, bukan makanan. Get me tak, kak Oii...
Kan dah kena. Bahasa kasar begini mesti ramai orang faham dan dah agak punya ramai melenting, rasa terkena tekak masing-masing. Sakit hati dengan kak leyla. Tak apa.
======
 

3 comments:

  1. Assalamualaikum Kak,

    Selamat menjalani ibadah puasa.

    Saya teringat anak saya yang dah biasa puasa, umur 10 thn. Sabtu lepas menangis sebab tak tahu dah nak buat apa untuk hilangkan rasa lapar. Saya suruh dia tonton tv supaya tak rasa sgt laparnya, dia kata tak boleh sebab kat dlm tv ada banyak cerita pasal makanan.

    Budaya kita dah terbiasa sgt kot, bulan puasa fokus utamanya makanan pelbagai utk berbuka. Saya sendiri dlm usaha nak kikis budaya tu dari pemikiran saya.

    Terima kasih sebab tegas dalam isu ni kat fb. Saya sokong supaya yang terserlah adalah ibadat, bukannya adat.. :)

    ReplyDelete
  2. Kita dah jadikaum tu...hidup utk mkn ...tekak menglidat cam tekak ular. Otak khayal teringat makan. Kalah sudah mereka kerana tidak dpt kawal nafsu. Mcm kodong dpt cincin. Baru kenal resipi onlinemcm praaq. Biasa la..tu kak.
    Org kita ni..bila tekak ada duit. Bila nk skolah anak masuk u takde duit..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Setuju sangat dengan kak lela. Ada sahabat cerita, suaminya asyik tanya bila nak masak sedap2 macam si dia tu yang selalu tayang masakan dalam FBnya; buat kek pandai, lamb chop pandai, itu pandai, ini pandai, untung laki dia katanya. Yang saudari saya ni memang tangannya bukan tangan untuk masak, kesian dia.

    Setuju!

    ReplyDelete