Sunday, September 16, 2012

Buku haiku


Kepada yang inginkan *Pakej A* kedua-dua buku ini (Percikan Pelangi + Antologi Haiku 2006), kami hantar melalui Pos ekpres (harga pos percuma) dengan harga RM30.



*Pakej B* Rm22 untuk buku Percikan Pelangi sahaja. Sila buat tempahan melalui kotak mesej Facebook Sdr Darma Mohammad atau emel ufukfikir@gmail.com


Untuk peminat baru haiku, setelah menelitikan karya2 dalam buku ini, sila berhubung untuk mendapatkan tunjuk-ajar dari saya.


***** 

Rumah kaya, rumah miskin


Sedang saya berjalan-jalan memetik gambar bunga-bunga di sekitar kawasan rumah, saya perasan rumah pangsa dalam gambar ini telah siap dan sudah pun berhuni.
Orang Jepun memanggil rumah-rumah sewa begini sebagai apa-ato atau menarik bunyi dari perkataan apartment.

Banyak bezanya kalau bandingkan apartmen swasta dan apartmen awam. Lazimnya apartmen swasta (yang rendah dalam gambar) dibina atas tanah individu dan bilik-bilik disewakan melalui agen hartanah. Salah dari segi undang-undang jika tuan rumah/individu mengendalikan rumah-rumah sewa sendiri. Segala syarat-syarat keselamatan perlu dituruti dan dilengkapkan untuk rumah sewa.

Rumah pangsa (dalam gambar) itu ialah untuk keluarga miskin. Rumah itu disewakan tetapi bayaran sewanya tidak sama dari satu keluarga dengan keluarga lain.
Sewa apartmen awam ini ditarik 10% dari gaji ahli keluarga yang berkerja. Oleh sebab sewanya yang amat murah, ramai rakyat memohon namun begitu setiap pemohonan dinilai dari gaji bulanan dan kiraan orang dalam keluarga itu mengikut syarat gaji minimum yang telah ditetapkan (orang kaya tidak layak).
Cara ini memberi peluang bagi rakyat yang bergaji rendah mendapatkan rumah kerajaan.

*****

Friday, September 07, 2012

Sukma Basho dalam haiku


Buku ini boleh ditempah online dari kedai buku ITMB atau cara lain ikut pautan ini :  http://www.itnm.com.my/catalogue/buku/sukma_basho_dalam_haiku/

Komen sdr Wan Rafar dalam Facebook :

Saya kira haiku terjemahan Leyla Shuri dan Darma Mohammad lebih baik dan menepati dengan karya asal dalam bahasa Jepun daripada sesetengah terjemahan dalam bahasa Inggeris yang saya baca. Mereka mengekalkan skema sukukata 5-7-5 dan mengandungi kata musim seperti dalam haiku asal. Sebagai perbandingan saya petik haiku 20 dalam SBDH: di genting gunung/ waktu mentari naik/ plum pun mengharum, dan terjemahan Lucien Stryk , mountain path-/ sun rising/ through plum scent. (haiku 27 dalam On Love and Barley).
 
En. WanRafar Ishak, jika ditelitikan, tulisan Lucien stryk itu, ia bukan haiku, ia hanya terjemahan. Ramai penulis ingeris tidak mampu menulis semula haiku2 Basho dalam bahasa sendiri dalam bentuk haiku 5-7-5. Itulah sebabnya kebanyakan haiku Bashomenjadi terjemahan sahaja. Tapi dalam buku 
Sukma Basho dalam Haiku
(http://www.itnm.com.my/catalogue/buku/sukma_basho_dalam_haiku/),
  kami tidak buat terjemahan bebas seperti Lucien Stryk, tapi kami menterjemahkan haiku2 Basho dalam bentuk 5-7-5, langsung mengekalkan skema suku kata itu juga.
 Darma Muhammad: Sdr WanRafar Ishak : 

[1] Terima kasih atas perhatian dan sokongan sdr itu.

[2] Saya sangat bersetuju dengan pandangan Puan Leyla Shuri di atas. Kami tidak membuat terjemahan bebas.


[3] Kami meneliti lebih daripada 1000 haiku karya Basho dan didapati beliau menggunakan 17 suku kata, setiap haiku juga mempunyai kigo. Kami anggap ini satu KETEGASAN beliau dari segi teknik. Bila menterjemahkan haiku beliau, kami tidak mahu meremehkan ketegasan beliau dari segi teknik. Sebab itu kami BERANI menggunakan 'haiku' sebagai judul buku. Tanpa mengekalkan teknik itu (+ kigo), ia sudah menjadi puisi tiga baris.


[4] Kami telah membuktikan bahawa terjemahan haiku Basho (teknik 5-7-5 dan mengandungi kigo) mampu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Dengan itu haiku (mengekalkan teknik asal) boleh ditulis dalam bahasa Melayu. 'Haiku' itu istilah yang khas, jika tanpa teknik itu dan tanpa kigo, katakan sahaja sebagai puisi 3 baris (dan tidak hina menulis puisi tiga baris!).

Wassalam.