Sunday, September 16, 2012
Rumah kaya, rumah miskin
Sedang saya berjalan-jalan memetik gambar bunga-bunga di sekitar kawasan rumah, saya perasan rumah pangsa dalam gambar ini telah siap dan sudah pun berhuni.
Orang Jepun memanggil rumah-rumah sewa begini sebagai apa-ato atau menarik bunyi dari perkataan apartment.
Banyak bezanya kalau bandingkan apartmen swasta dan apartmen awam. Lazimnya apartmen swasta (yang rendah dalam gambar) dibina atas tanah individu dan bilik-bilik disewakan melalui agen hartanah. Salah dari segi undang-undang jika tuan rumah/individu mengendalikan rumah-rumah sewa sendiri. Segala syarat-syarat keselamatan perlu dituruti dan dilengkapkan untuk rumah sewa.
Rumah pangsa (dalam gambar) itu ialah untuk keluarga miskin. Rumah itu disewakan tetapi bayaran sewanya tidak sama dari satu keluarga dengan keluarga lain.
Sewa apartmen awam ini ditarik 10% dari gaji ahli keluarga yang berkerja. Oleh sebab sewanya yang amat murah, ramai rakyat memohon namun begitu setiap pemohonan dinilai dari gaji bulanan dan kiraan orang dalam keluarga itu mengikut syarat gaji minimum yang telah ditetapkan (orang kaya tidak layak).
Cara ini memberi peluang bagi rakyat yang bergaji rendah mendapatkan rumah kerajaan.
*****
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
camne nak apply?
ReplyDeleteidiana,
Deleterumah subsidi begini untuk rakyat sahaja. Orang asing tak layak.