3 KUNTUM HUJAN diterbitkan oleh ITBM pada Mac 2013.
Buku dalam genre cerita pendek ini mengandungi antologi sebanyak 23 cerita pendek yang disisipkan dengan 23 buah tanka atau puisi Jepun.
Pada sisipan sayap depan buku ini tercatat serangkap tanka yang berbunyi.
Hujan menjirus
bumi kuyup seluruh
bermandi fitrah
syukur basahi kalbu
cambah ribuan hikmah.
Pada kulit belakang buku ini kita dikenalkan dengan salah sebuah cerita pendek yang membawa tema "kuntum hujan".
"Semua jari menuding kepada "HUJAN". Kemudian semua pihak sedap-sedapan dengan menghirup kopi masing-masing. Kami temui bunyi yang kami cari. Bunyi inilah yang kami takuti selama ini. Dahukukala, kami sudah hantarkan beberapa pucuk surat kepada pihak berwajib agar lereng bukit itu jangan diusik, kerana kata kami, bukit itu ada nyawa. Banyak pihak mentertawakan kami, kerana mereka anggap kami ini percaya perkara khurafat. Mereka tidak faham apa yang kami maksudkan sebagai "nyawa" dalam surat-surat kami itu. Bukit bertutur dengan bahasanya.
Sekuntum hujan kembang di lereng bukit.
Kandungan:
Lelaki dan Sepohon Pohon
Keranda
Pensajak dan Iklah
Muraqabah Malam Jumaat
Rama-rama dan Segenggam Huruf
Pohon yang Berakar di Langit
Perjalanan
Fata-Morgana dan Fa-ta-mor-ga-na
Lelaki yang Separuh Lupa
Seuncang Telur
Pundi-pundi Buih
Bila Pohon Berbicara
Lelaki yang Datang Bersama Ribut
Surat Jennyfer Greyblood
3 Kuntum Hujan
Bumi Mencari Langit
Kura-kura Bermain Pedang
Lelaki yang Memanah Langit
Menjelang Sidang Akhbar
Kewek dan Secangkir Kabut
Bukan Aku Penunggu Godot
Surat kepada William Faulkner
Dua Orang Pendayung
Sedikit catatan pada akhir PRAKATA:
Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Institut Terjemahan & Buku Malaysia kerana sedia menerbitkan kumpulan cerita pendek ini.
Turut dihargai ialah jasa Puan Leyla Shuri, penulis yang menetap di Okinawa, Jepun yang telah menitipkan ilmu mengarang tanka yang dijadikan sisipan di hujung setiap cerita pendek@Darma Mohammad.
Selamat Membaca.
*****
No comments:
Post a Comment