Untain puisi-puisi Rumi yang diterjemahkan dalam buku ini dikutip dari buku "The Mathnawi of Jalalu'ddin Rumi".
Petikan sejumlah 241 Untai Masnawi ini dibahagikan mengikut bab atau disebut Jaras. Dalam setiap jaras itu terdapat subtopik tertentu contoh
Mafhum Kuliah Rumi,
Jejak Apresiasi, Refleksi dan
Bisik Kalbu.
Dalam
Mafhum Kuliah Rumi dipaparkan renungan Rumi dalam bentuk prosa terhadap persoalan manusia mencari Tuhan.
Dalam
Jejak Apresiasi dicatatkan secara ringkas perjalan hidup Jalaluddin Rumi. Ini meliputi riwayat hidup Rumi sejak awal kelahiran hingga beliau meninggal dunia. Dalam bahagian ini dimuatkan pandangan para ahli akademik dan penterjemah dari timur dan barat.
Pada tajuk
Refleksi penulis menyelitkan pandangan dan tanggapan beliau tentang pelbagai persoalan hidup masa kini, bertolak daripada sebahagian persoalan yang ditimbulkan oleh Rumi dalam puisi-puisi beliau.
Pada subtopik
Bisik Kalbu, penulisnya menghidangkan puisi dalam bentuk haiku. Kebanyakan haiku ini bertemakan persoalan yang melatari masyarakat dalam bingkai tasawwur Islam. Sebanyak 60 untai haiku memaparkan sudut-sudut bernafaskan Islam. Haiku dalam Bisik Kalbu mampu membantu menzahirkan suara batin penulis bagi melengkapkan pengucapan dalam Refleksi.
Gabungan haiku dalam bentuk prosa berunsur Islam ini unik dan belum pernah dilakukan lagi. Penulis ingin menunjuk kelainan dalam penulisan prosa dan bukan hanya memetik dan menyalin dari buku-buku rujukan lain.
Bermula dengan untai Rumi dan berakhir dengan haiku dalam Bisik Kalbu, bagi peminat haiku, buku ini meluaskan horizon pemikiran pembaca kursusnya dalam bidang puisi yang berunsur alam dan Islam.
Petikan dalam Ungkapan Hati: "Saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaan yang tinggi kepada Puan Hajah Halela binti Abdul Razak (nama pena
Leyla Shuri)...atas bimbingan dan memberi tunjuk ajar...dalam menyiapkan 60 untai haiku yang termuat dalam buku ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa bakti beliau." (amin).
Petikan dalam Jaras 7: Cinta kerana kecantikan.
Cinta yang semata-mata kerana warna (kecantikan luaran) bukanlah cinta: akhirnya ia merupakan keaiban. (B1:205)
Musuh burung merak adalah bulunya sendiri: betapa ramai raja menjadi korban keagungannya sendiri. (B1:208)
Haiku dalam jaras ini:
Awal Zulhijjah
Makkah bertambah putih
langit ke lantai.
Petikan (halaman 51): Dalam hidup sehari-hari, setiap kejadian dapat dijadikan iktibar. Yang baik dijadikan teladan, yang jahat dijadikan sempadan. Ada ilmu tersirat dalam setiap peristiwa. Ada suara berdengung daripada rahangnya. Gunung berapi memuntahkan lahar yang panas. Manusia mendapat banyak ilmu dan hikmah daripadannya.
Belajarlah bahasa alam untuk memahami fitrah alam.
Tanah tinggi bisa runtuh setelah sekian laam bertahan diterjah hujan dan panas, apa lagi apabila dagingnya ditarah secara melulu. Tanah tinggi bertutur dengan caranya sendiri. Fahami bahasanya untuk memahami fitrah alam. Hormati anurgerah Ilahi dan layani alam dengan makruf.
Buku ini terbitan PELIMA MEDIA SDN BHD (www.pelima.com.my/media).
*****