Tuesday, July 30, 2013
asa
Asa ialah sejenis rumput laut yang digunakan sebagai makanan di Okinawa. Asa ialah panggilan atau loghat orang Okinawa.
Lazimnya saya gunakan sewaktu bersahur, jika tiada masa menyediakan sayur untuk lauk.
Ia dicampur dengan cuka, air perahan limau dan sedikit kicap cair lalu diminum sahaja.
Gambar-gambar ini saya ambil di bahagian selatan Okinawa, Pulau Oo.
*****
Wednesday, July 17, 2013
Penilaian
E-mel daripada Hiroki Nomoto-sensei,
Program Bahasa Malaysia, Universiti Bahasa Asing Tokyo (TUFS)]
[Tuan Darma Mohammad dan Puan Leyla Shuri yang baik hati,
Kami telah menerima kiriman daripada Tuan dan Puan. Kami amat gembira kerana ada orang Melayu berminat dalam sastera tradisional Jepun sehinggakan menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu haiku-haiku Basho yang sukar difahami orang Jepun sendiri, malah menerbitkan karya haiku dan tanka dalam bahasa Melayu. Kami ucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dua buku daripada Tuan dan Puan. Dua buah buku tersebut akan kami serahkan ke perpustakaan universiti nanti supaya dapat dimanfaatkan oleh seramai pembaca yang mungkin, khususnya para pelajar bahasa Melayu di jabatan kami. Jika ada peluang pada masa akan datang, sila datang kunjungi kami di TUFS.
Sekian, terima kasih.
Yang bernar,
Hiroki Nomoto
Program Bahasa Malaysia, Universiti Bahasa Asing Tokyo (TUFS)]
*****
Perhatikan penulis e-mel ini tidak menggunakan Professor atau sensei atau apa-apa pangkatnya selaku petugas di Universiti Tokyo. Beliau ialah seorang pengkaji bahasa Melayu, seorang profesor dan guru dalam Jabatan Bahasa Asing di Universiti Tokyo.
Inilah yang saya puji tentang adat orang Jepun yang tidak menunjukkan kedudukan tinggi atau pangkat mereka ketika menyebut nama sendiri atau mengenalkan diri.
Buku SUKMA BASHO DALAM HAIKU saya kendalikan selama 5 tahun. Disebabkan kelemahan dalam mendapatkan istilah-istilah bahasa Melayu saya mohon bantuan daripada En. Darma Mohammad dalam mengatasi masalah ini. Selama 5 tahun, saya mengkaji, meneliti, menelaah membuat rujukan untuk mengumpulkan haiku-haiku dalam karya Matsuo Basho. Dalam sejumlah 1000 lebih haiku Basho, saya hanya memilih haiku yang memberi gambaran alam dan adat budaya masyarakat Jepun.
Selepas 5 tahun, saya serahkan kumpulan terjemahan haiku ini ke ITBM. Kami menantikan penerbitannya selama kurang lebih 3 tahun. Kami juga dimaklumkan empat orang pakar bahasa menyemak buku ini bersama Sasterawan Negara (masa ini beliau belum mendapat anugerah ini) Tuan Baha Zain. Terima kasih kepada semua orang yang terlibat dalam penerbitan buku ini.
Saya tidak tahu respons dari pembeli dan pembaca di Malaysia darihal buku ini. Walau bagaimanapun, saya rasa puas diberi peluang oleh yang Maha Besar menunjukkan kepada sasterawan berbahasa Melayu dan peminat haiku yang Basho bukan hanya terkenal dengan haiku "katak melompat kolam" sahaja. Banyak lagi haiku Basho yang mempersonakan dan menawan jiwa.
Namun saya masih mencari satu kepastian. Saya ingin pastikan tahap tugas saya dalam terjemahan buku ini. Saya tidak dapat maklum balas dari pembaca dan peminat haiku di Malaysia.
Saya tidak putus asa.
Selepas penyerahan buku ini kepada Profesor yang mahir dalam bahasa Melayu di Universiti Tokyo, Jabatan Bahasa Asing, saya menantikan respons beliau dengan sabar.
Akhirnya, seperti dalam e-mel Profesor ini yang mencatatkan " Kami amat gembira kerana ada orang Melayu berminat dalam sastera tradisional Jepun sehinggakan menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu haiku-haiku Basho yang sukar difahami orang Jepun sendiri, malah menerbitkan karya haiku dan tanka dalam bahasa Melayu", saya berasa langkah saya menyeberangi jambatan dua budaya yang berbeza, menyatukan dua bahasa yang berlainan polar telah berjaya.
Kesyukuran saya kepada Allah Ta'alla yang memberi kesabaran, keteguhan dan membenihkan semangat tugas ini hingga ia berjaya.
アルハムドリッラー
*****
Monday, July 15, 2013
三番の作品集
ラームネビー玉
始まる: 二十二3月二千十一
終わり: 四8月二千十二
時に年四ヶ月
出す:十五七月二千十
日市場: 2014年11月15日
Maafkan saya jika ada yang jengkel kerana tidak faham akan tulisan ini.
Ini hanya catatan yang penting bagi saya.
Hari ini juga tarikh 6 Ramdan- Kita ambil barakah bulan mulia ini, insya-Allah.
Selamat menjalankan ibadah Ramadan.
*****
Wednesday, July 10, 2013
ラマダンームバラッ 一四三四
Semalam balik dari pasar sayur untuk membekalkan bahan makanan buat berbuka bulan Ramadan yang bermula hari ini, kami melunsur laluan bukit. Saya terpandang pohon ini. Memang dalam tas tangan saya senantiasa ada kamera, jadi kami keluar dari kereta.
Masyallah tidak pernah saya lihat bunga pohon palma ini. Saya memang biasa terpandang pohon palma ini merata-rata ditanam orang buat perhiasan tapi ini pertama kali melihat bunganya.
Pony-tail palm (rujuk wikipedia) atau palma ekor kuda.
Saya mengelilingi pohon ini dan perhatikan kumbang dan segala serangga berterbangan menghinggap bunga-bunganya yang halus. Mungkin banyak madu bunga ini.
Hari pertama menyambut puasa, memang saya haus tapi badan saya rasa sedap. Walaupun di luar, cuaca panas bersuhu 32c, tapi masih boleh tahan lagi kalau bandingkan di Tokyo sekarang panasnya menyengit hingga 38c.
Kepada pembaca catatan saya (kenapa ramai dari Rusia? ada ramai orang Melayu di Rusia agaknya), saya ingin ingatkan jagalah kesihatan dalam pemakanan agar kita sihat terusan menjalankan ibadah Ramadan.
Ramadan Al-Kareem, insya-Allah ibadah kami dapat membantu kami di alam kekal nanti, amin.
(tajuk: Ramadan Mubarak)
*****
Subscribe to:
Posts (Atom)