Semalam balik dari pasar sayur untuk membekalkan bahan makanan buat berbuka bulan Ramadan yang bermula hari ini, kami melunsur laluan bukit. Saya terpandang pohon ini. Memang dalam tas tangan saya senantiasa ada kamera, jadi kami keluar dari kereta.
Masyallah tidak pernah saya lihat bunga pohon palma ini. Saya memang biasa terpandang pohon palma ini merata-rata ditanam orang buat perhiasan tapi ini pertama kali melihat bunganya.
Pony-tail palm (rujuk wikipedia) atau palma ekor kuda.
Saya mengelilingi pohon ini dan perhatikan kumbang dan segala serangga berterbangan menghinggap bunga-bunganya yang halus. Mungkin banyak madu bunga ini.
Hari pertama menyambut puasa, memang saya haus tapi badan saya rasa sedap. Walaupun di luar, cuaca panas bersuhu 32c, tapi masih boleh tahan lagi kalau bandingkan di Tokyo sekarang panasnya menyengit hingga 38c.
Kepada pembaca catatan saya (kenapa ramai dari Rusia? ada ramai orang Melayu di Rusia agaknya), saya ingin ingatkan jagalah kesihatan dalam pemakanan agar kita sihat terusan menjalankan ibadah Ramadan.
Ramadan Al-Kareem, insya-Allah ibadah kami dapat membantu kami di alam kekal nanti, amin.
(tajuk: Ramadan Mubarak)
*****
Assalamualaikum, salam perkenalan dan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Cantiknya pohon palma tu.
ReplyDeletesalam lebaran untuk puan, pohon ini berbunga setahun sekali sahaja. bau harum dari jauh.
DeleteSalam Kak Lela...selamat berpuasa buat Kak Lela & Pak Kaduka...moga dapat menjalani ibadah puasa dan amal ibadat lain dengan mudah dan tenang. Salam dari kami sekeluarga :)
ReplyDeletetidak terlambat bagi saya mengucapkan semoga terus berbahagia menyambut perayaan syawal kepada keluarga unsunghero.
Delete