Sunday, October 13, 2013
Pagi Semerah Daun Momiji
Tajuk Novel: Pagi Semerah Daun Momiji@Leyla Shuri (2013)
Diterbit oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Beli Online: http://www.dawama.com/Pagi-Semerah-Daun-Momiji/q?pid=3144&doit=order
Editor dan Penyunting: Datin Hajijah Jais.
Dicetak oleh Utusan Printcorp Sdn Bhd.
Halaman: 613
Glosari: Bahasa Jepun ke bahasa Melayu 2 halaman.
Ringkasan Penerbit/Blurb:
Watak utama dalam novel ini ialah Midori, seorang remaja Jepun yang masih bersekolah menengah atas.
Persekolahannya serta rakan-rakan yang lain, termasuk Yuriko dan Akiko, terganggu akibat perang. Begitu juga dengan adik Midori, Taiyo.
Abang Yuriko yang bernama Kawamoto Masatoshi pula dikerah menjadi askar.
Ibu dan bapa Midori, iaitu Sayaka dan Yukichi Fukuhara, meninggal dunia akibat bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima. Begitu juga dengan ibu Yuriko. Midori dan adiknya terpaksa meneruskan kehidupan mereka. Dengan sedikit wan peninggalan ayahnya, Midori membuka kilang menjahit pakaian bersama-sama Yuriko.
Di Malaya, Masatoshi Kawamoto dan kumpulannya mendarat di Kelantan. Sejak Jepun merampas pemerintahan dari British melalui perang, Jepun telah berkuasa dan berlaku zalim terhadap penduduk Malaya. Walaupun pemerintahan Jepun tidak lama, tetapi kesannya amat besar. Hideyuki merupakan lambang pemerintahan Jepun yang rakus dan zalim. Peristiwa yang berlaku di rumah Pak Wahab mengakibatkan Hideyuki berdendam dengan Masatoshi. Masatoshi ditinggalkan di Malaya apabila Jepun kalah.
Sejak itu, Masatoshi tinggal dengan keluarga Pak Mat Isa.
Pak Mat Isa mempunyai seorang anak gadis yang bernama Mariah.
Bagaimanakah berakhirnya ...dua benua yang pernah diperintah dan memerintah ini?
*****
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congrats with yr new novel.
ReplyDeleteBila pulang ka Okinawa?
Anyway Selamat Aidil Adha Hajjah Leyla.
salam aida,
Deleteselamat aidil adha kepada aida sekeluarga juga. maaf ye lambat, terlepas pandang catatan ini.
sekarang sudah berada di Okinawa.
wassalam
Salam tahniah kleyla,
ReplyDeleteAkhirnya terbit jua buku kedua(?) kleyla yah! kita tumpang bangga atas kejayaanmu. Moga terus menulis yang masam-masam manis itu ;)
salam kembali kawanku dari negeri Brunei,
Deletesaya juga bangga atas kejayaan kawan kita ini menjadi orang pintar masak pelbagai juadah dan memenangi beberapa anugerah.
Kita sama2 menguatkan semangat dalam bidang masing-masing, insya-Allah.
wassalam.