skip to main |
skip to sidebar
Novel ini mengisahkan pergolakan kehidupan di
Jepun yang mengalami letupan bom atom di Hiroshima.
Datin Hajijah Jais
(Editor dan Penyunting Novel-DBP):
"Novel
ini mampu meninggalkan kesan yang lebih positif terhadap tanggapan
negatif seseorang yang berkaitan penjajahan kuasa besar di rantau ini. Saya lebih suka melihatnya dari segi
dua latar tempat yang berbeza, dua latar suasana yang juga berbeza
dalam satu latar masa yang sama. Suka juga melihat fitrah kehidupan
manusia: mengapa manusia jadi jahat? Dalam jahat masih ada manusia yang
baik dan berhati mulia. Teruskan menulis tentang cinta dua negara ini,
Puan Leyla. Ia bukan cinta murahan tetapi lebih kepada pertembungan dua
budaya yang berbeza...juga pengisian ruang kasih sayang selepas
perkahwinan. Pengalaman peribadi puan amat berguna dan mampu menjadikan
garapan cerita lebih berkesan. Ikhlas."
Bagaimanakah akhirnya kehidupan
seorang askar Jepun, Masatoshi yang ditinggalkan di Kelantan setelah
tentera Jepun berundur.
Selama keluaran novel ini saya sengaja tidak mencatatkan sinopsis novel ini. Sebenarnya saya menantikan reviu buku ini daripada pembaca. Saya akan kumpulkan semua reviu dalam Page Buku Facebook "Pagi Semerah Daun Momiji".
Pada Page ini juga saya akan buat petikan-petikan dari buku ini (seperti terjemahan lagu negara Jepun), ulasan haiku-haiku dan maksud glosari yang saya gunakan dalam novel ini.
Selamat membaca.
*****
Salam Kak Lela...tahniah kak atas penghasilan satu lagi novel terbaru. semoga terus menulis, berkongsi pengalaman dan ilmu :)
ReplyDelete