Friday, April 11, 2014

Hana


Lagu Youtube satu status di bawah itu ialah lagu tema pada drama pagi yang ditayangkan NHK berjudul Hana dan Anne. Drama bersiri ini berkisah tentang cerita hidup seorang wanita Jepun yang bernama Hana. Hana menjadi perterjemah buku sastera dan karya-karyanya dijadikan buku teks sekolah.
Hana bersama 4 orang adik beradik datang dari keluarga yang amat miskin. Padi tanaman mereka habis begitu saja untuk menampung bayaran cukai tanah. Keluarga mereka makan nasi campur bijirin. Hana ke sekolah mengendung adiknya sebab setiap ahli keluarga membantu kerja bendang. Waktu makan, Hana keluar kelas kerana tidak membawa bekal nasi. Minat Hana pada buku berputik setelah dia mencuri masuk perpustakaan di sebuah gereja. Bapa Hana tidak setuju cara guru sekolah mengajar dan bercadang memindahkan Hana ke sekolah perempuan christian. Akhirnya, Hana dimasukkan ke sekolah Inggeris itu.
Setelah dua penggal Hana masih tidak faham b. Inggeris dan harus lulus ujian untuk melanjutkan pelajaran di sekolah itu. Dalam ujian itu, kelas Hana perlu menulis surat kepada guru besar. Waktu membersihkan bilik seorang guru, Hana melihat surat dalam bakul sampah. Terdesak dan takut dibuang sekolah, dengan surat ini, Hana meniru surat Miss Scott (seorang guru) yang ditujukan untuk kekasihnya. Hana mendapat markah paling tinggi.
Walau bagaimanapun salah seorang guru b. Inggeris tidak yakin kebolehan Hana menulis surat sebegitu lancar dalam b. Inggeris. Hana disoal. Hana berkata surat itu ditulisnya sendiri dan tidak mengaku dia meniru surat Miss Scott.
Matlamat tidak menghalalkan cara (teringat saya ayat ini daripada seorang yang memberi nasihat, apabila saya mengambil sebuah cincin yang tercicir di bilik salinan Spa sebab terfikir untuk meninfaqkan cincin emas itu apabila melihatnya), jadi Hana berasa sangat bersalah setelah mendapat tahu Miss Scott jatuh sakit sebab suratnya ditiru Hana dan diumumkan. Rasa bersalah ini mendesak Hana berdepan Miss Scott and mengaku perbuatannya itu.
Hana ialah cerita benar seorang wanita Jepun yang menjadi penterjemah pertama buku sastera. Bukunya siri "Anne of Green Gables" menjadi buku teks sekolah.

(bilamana ada ruang masa, saya cuba bawa cerita Hana ini).

******

4 comments:

  1. ooo adakah ini kes sebenar di sebalik cerita Anne of the the Green Gables? sy suka baca buku cerita tersebut tp tak pernah tahu ia berasal dari Jepun. Mcm menarik cerita ni..ada buku mengenainya tak kak leyla?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam puan suzie,
      Hanako ialah wanita yang menterjemahkan buku "anne of green gables". Drama pagi yang ditayangkan baru dua minggu ini akan berlangsung selama 6 bulan. habis siri ini september 2014.
      Drama ini menceritakan kisah-kisah hidup yang benar penterjemah ini, bagaimana dia menjadi penterjemah buku sastera ini dan buku ini menjadi teks sekolah di Jepun. Ceritanya sangat memberansangkan sebab hana datang dari keluarga miskin yang lazimnya pada waktu itu tidak mudah mendapat peluang membaca buku, hendak-hendak lagi buku-buku Inggeris.
      Cerita Hana sudah dibukukan dalam bahasa Jepun sahaja.

      Delete
  2. emm. mcm cite oshin aje yg pernah popular thn 80 an dulu.sy cari cite ni di youtube tp tak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ini baru bermula sebulan lepas dan akan berlangsung selama 6 bulan sehingga September. Dalam YouTube pun belum ramai yang up-kan lagi.

      Delete