1.4.14: Hari ini tepat jam 12 tadi, harga cukai pengguna naik dari 5% ke 8% di Jepun. Hujung minggu semalam saya lihat ramai orang Jepun borong barang-barang seperti kertas tisu, kertas tandas, makanan haiwan dan lain-lain untuk menggelak bayaran cukai baharu ini.
Kalau difikirkan bezanya hanya 3%. Lainlah kalau beli barang harga yang lebih dari yen10,000. Ini saya rasa hanya "herd mentality". Orang lain buat, kita rasa perlu lakukan yang sama. Bukan saya.
Lama saya tinggalkan catatan di sini. Sebenarnya saya sedang menyemak haiku dan tanka dari dua kumpulan. Penulis daripada salah satu kumpulan ini tergolong daripada pekerja dan suri rumah penuh-masa. Kumpulan ini amat susah untuk menyusun jadual perbincangan dan ini meleret-leretkan tugas.
Salah satu lagi kumpulan mengadungi para penulis yang daripada pelbagai kerjaya. Bukan mudah untuk menumpukan tulisan jika jasad itu keletihan, itu sangat saya faham dan pernah alami. Makanya ini mengakibatkan projek berpanjang-panjangan mengikut keselesaan para penyumbang.
Banyak saya ingin bercerita tentang buku, tentang ilmu, tentang budaya, tentang hati, tentang fikir tapi saya juga keletihan setelah memerah mental dalam projek-projek yang sedang berlangsung.
Apa-apa pun hari ini 1.4.14 dan hari ini Jepun membuka penggal baharu untuk tahun 2014.
*****
Tuesday, April 01, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment