Sunday, July 20, 2014

Lat, Kampung Boy [カンポンボーイ ラット]



Semalam [19 Julai 2014] saya menerima naskhah hadiah ikhlas buku Lat, Kampung Boy versi Jepun daripada Prof. Soda Naoki yang bertugas di Tokyo Univ. of Foreign Studies.

Saya masih ingat lagi, waktu itu Mei 2012, saya diminta membantu terjemahan buku ini. Saya diberi jangka waktu menjalankan tugas itu hanya 2 minggu. Masalahnya pada waktu itu saya sedang membantu anak perempuan saya yang kedua yang baru bersalin dengan anak kembar.

Ingin saja saya menolak sebab tugas menjaga anak-anak kembar yang baharu lahir itu amat meletihkan. Walau bagaimanapun bantuan saya sangat diperlukan buat waktu itu dan dalam keadaan kelam-kabut, saya buat juga apa yang perlu.

Itu cerita 2 tahun lepas.

Buku ini dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Tokyo 2014. Tahun ini Malaysia dipilih menjadi negara tema. Sekali lagi saya tidak dapat hadir, walaupun hati ini ingin sangat pergi ke sana.

Berbetulan pun, kali ini saya tidak dapat ke Tokyo sebab anak saya itu melahirkan anak ke-3 lagi dan berpindah ke rumah saya buat beberapa bulan.

Terima kasih kepada Prof. Soda Naoki yang teringat kepada saya dan sudi menghadiahkan naskhah buku ini.

*****

9 comments:

  1. Oooo..tahniah..:-) , wa pun memang suka sangat kartun Lat ni..kelakar...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam puan wa,
      tak perlu tahniah saya. saya hanya orang di balik tabir dan membantu sahaja.

      Delete
  2. KAK NI CAM STAY KAT SANA TERUS.SEBAB ANAK KAK PUN BERSALIN DI SANA JUGAK.

    ReplyDelete
  3. salam puan sarah,
    saya pemastautin di Okinawa, Jepun. Sesekali, apabila ada tugas penulisan, saya balik Malaysia dan Singapura.

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada ibu dan bapa dan juga nenek dan atuk dengan kelahiran seorang lagi ahli keluarga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, puan Lina,

      selamat dan enjoy Fujisan Marathon 2014.

      Delete
  5. Buku2 Lat juga juga menjadi cenderahati saya kepada rakan2 dari luar negara, ini termasuklah dari Jepun, Australia dan terbaru insyallah dari Germany esok yang bakal datang menziarahi saya di KL!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam en. uncle,
      rasanya versi lain sudah banyak diterjemahkan ke bahasa Inggeris.

      Delete