Monday, June 30, 2014

Ramadan 2014

Entah kenapa apabila masuk bulan Ramadan, tekak saya inginkan lauk-lauk Melayu. Biasalah lauk-lauk Melayu seperti asam pedas, sambal tumis, gulai lemak. Setelah merasa setiap satu, saya rasa sudah cukup dan masak lauk bukan Melayu seperti yang biasa dalam rumah kami. Lauk bukan Melayu tidak semestinya lauk Jepun sahaja.
Sebenarnya Ramadan ialah bulan yang memberi saya banyak peluang menulis. Masakan atau lauk-lauk istimewa yang saya tidak buat hari-hari, tidak masuk dalam jadual. Kami makan amat sederhana.

Saya mengambil kesempatan hari Ramadan pertama ini untuk mengucapkan kepada pembaca blog ini, yang dalam feeder, yang dalam favourite, google friend dll selamat menjalani ibadah Ramadan, semoga ibadah kita mendapat ganjaran Allah.

*****

6 comments:

  1. Selamat Berpuasa kembali. Di mana-mana pun bumi di pijak, yang penting iman tetap utuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam puan Aziela,
      macam kita pernah jumpa...mungkin di UITM shah alam?
      selamat meneruskan ibadah Ramadan.

      Delete
  2. salam kak,
    masih ingat lagi tak pada saya.
    cikmie korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cikmie korea,
      saya sudah tengok gambar profail sdr, rasanya saya tak kenal sdr.
      selamat meneruskan ibadah puasa.

      Delete
  3. salam ramadhan kak halela. semoga dikurniakan Allah rahmat dan semoga tabah menghadapi dugaan. Harapnya kak halela sekeluarga dijauhkan dari musibah taufan yang melanda Okinawa ketika ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Suzie,
      alhamdulillah, kami selamat dari bencana ribut taufan itu. ribut itu amat kuat [kurang sidikit dari taufan Haiyan filipine tahun lepas], ia amat mencemaskan negara ini.
      alhamdulillah, tiada mangsa kematian, kawasan tepi laut dan tanah rendah mengalami banjir dan 2-3 tempat mengalami tanah runtuh.
      Bekalan eletrik terputus di kawasan kami [2/3 kawasan di pulau ini mengalami ini], selepas 30 jam, baru dapat disambung semula.
      Ribut itu sedang meneruskan perjalanannya ke utara, semoga orang-orang di utara juga selamat seperti kami, amin.
      Terima kasih bersama kami dan selamat meneruskan ibadah Ramadan kepada puan dan keluarganya.

      Delete