[Foto ikhsan Berita Harian, Singapura]
Sedikit mengenai diri saya disiarkan oleh Berita Harian, Singapura pada tarikh 27 Okt. 2014.
http://beritaharian.sg/gah/bahasa-sastera/sasterawan-melayu-berjiwa-jepun
Saya sudah digelar sebagai sasterawan. Apa rasa saya?
Sama saja. Tak ada benda yang berubah dalam kehidupan saya.
Eh, tak juga apabila saya fikirkan betul-betul. Cara saya bertutur sudah lain. Perkataan yang saya gunakan tidak kasar. Ada orang kata bahasa baku. Tidak juga. Bahasa biasa saja tapi tidak kasar lagi, baik dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.
Maksud saya, tidaklah lagi "your headlah atau go to hell you!" itu yang saya maksudkan tidak kasar lagi.
Tapi dari asal memang saya tidak guna bahasa kasar, jadi tidak hairanlah saya tidak guna bahasa kasar.
Saya akan paling muka jika tajuk percakapan adalah barang jenama atau baju mahal atau tudung sutera. Tetapi kalau berbincang tentang buku, leher saya tegak mendengar.
Jika melancong teman-teman keluar masuk butik atau kedai make-up, saya mencari kedai buku.
Dalam tas tangan saya sentiasa ada buku. Apabila menanti saya keluarkan buku itu dan tidak hiraukan sekeliling lagi.
Tiada perhiasan cantik dan mahal dalam rumah saya, yang ada cuma buku-buku berselerak atau disimpan pada semua ruang selagi mampu saya selitkan.
Saya ramai kawan-kawan tetapi tiada siapa menjadi kawan rapat. Saya senang-senang tinggalkan kawan-kawan dan tumpukan emosi saya kepada kerja tulisan atau pembacaan.
Saya tidak berapa suka keluar rumah lama-lama. Keluar rumah jika tidak ada kaitan dengan buku atau penulisan, saya akan cepat bosan dan ingin balik ke rumah segera.
Saya bosan berkawan dengan orang yang tidak membaca. Tiada apa untuk dibincangkan.
Mungkin ini ciri-ciri sasterawan. Saya tidak tahu.
*****
Tuesday, October 28, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
As salam K Lela.
ReplyDeleteGembira melihat perkembangan karya penulisan k Lela sehingga ke tahap yang membanggakan. Siapa sangka 'makcik Melayu' di Okinawa boleh sehebat ini.. (^_^)
Bila dapat berjumpa dengan K Lela lagi...
Noursila~
waalaikumusalam noursila,
Deleteselalu juga terfikir apa khabarnya Sila dan keluarganya. Mesti si bujang (masa terakhir jumpa dia baru 9 bulan, kalau tak salah) sudah besar panjang sekarang.
Sila masih tinggal di Ampang agaknya.
Saya masih berhubung dengan ramai kawan2 OIC, tapi hanya di Facebook saja.
Kalau Sila masih ingat lagi, masa kita jumpa dulu saya tidak fasih bahasa Melayu (sudah 2002 tak tak salah). Atas kritikan beberapa orang kawan, makanya dengan gigih saya mula berlajar semula bahasa kita. Jika kejayaan saya membanggakan kawan-kawan juga, alhamdulillah mereka dapat menumpang kejayaan itu.
Kalau Noursila ada akaun Facebook, silalah jemput saya jadi kawan...Leyla Shuri.
Terima kasih, dapat bertukar khabar gembira.