Friday, October 17, 2014

Ulasan Novel Pagi Semerah Daun Momiji di Berita Harian Singapura


Pagi pada tarikh 13 Oktober 2014, iaitu hari cuti umum di Jepun dan Okinawa baru sedang dilanyak-lanyak oleh ribut taufan No. 19 [diberi panggilan Voonfoon], saya dikejutkan dengan berita daripada salah seorang pembaca di Facebook yang memuatnaikkan imej di atas.
Berita Harian Singapura mencatatkan ulasan novel saya Pagi Semerah Daun Momiji yang ditulis oleh Encik Anuar Othman, salah seorang penulis mapan Singapura.

Awal pagi itu saya mengelilingi rumah saya dan terdapat hampir kesemua daun-daun ulam yang saya tanam kelihatan seperti terbakar, kering dan hitam. Walhal yang melanda Okinawa selama dua hari sebelumnya ialah ribut taufan dalam bentuk angin yang melintas dan berpusing dengan kelajuan 47 k/saat atau 260 kpj. Ribut itu membakar seperti api.
Terfikir saya pada pagi ini tajuk buku saya juga membicara unsur yang membakar ini Pagi Semerah Daun Momiji yang merah dan membakar.

Apa-apa pun saya reda saja ketetapan Maha Ilahi sambil berasa amat bertuah harta dan nyawa diselamatkan-Nya dalam malapetaka ini.

Sememangnya buku-buku yang keluar dari cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka amat sukar diperolehi pembaca oleh sebab masalah protokol dalaman yang melanda nasib syarikat penerbit ini. Saya juga maklum ada beberapa orang dalam senarai sahabat yang telah mendapatkan novel ini. Namun novel ini tidak diperkatakan dalam mana-mana laman atau disebut/dikritik/dikomen di Facebook, google, Goodreads.  Yang lazimnya yang saya terbaca, "Novel ini Best!" pun tidak ada atau "Novel ini tak Best!" pun tidak ada!
Apahalnya saya tidak tahu.

Akhirnya, syukur saya tidak tergambar apabila novel ini diulas oleh penulis mapan daripada Singapura, En. Anuar Othman dan diterbitkan catatannya di bahagian Sastera Gah, Berita Harian.
Cukuplah itu bagi saya.

*****

2 comments:

  1. Saya adalah sahabat baik Kak Ngah yg duduk di UK bersama 5 org anak. Puan kenal beliau. Saya telah membaca blog puan.. sgt menarik. Saya akan ke Okinawa pada bulan hadapan, insyaƁllah. Boleh berhubung dgn puan melalui email?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Puan,
      Saya sudah beri respons, sila lihat kotak mesej dalam Facebook puan.

      Delete