Saturday, April 25, 2015

Ore Neko NHK




Setiap pagi seusai kerja-kerja wajib dan membuat nasi dan lauk untuk bekal orang bekerja, saya duduk waktu jam tepat 6.55 untuk menonton ini.

Seperti bahasa Melayu juga pengakuaan "saya" ada berbagai kosa kata contoh aku, den, beta, patik, hamba, orang, awak dll (setakat yang saya tahu).
Orang Jepun yang amat mementingkan taraf kedudukan diri dalam masyarakat, pengakuan "aku" mencatatkan kosa kata yang lebih banyak.
Lazimnya untuk setiap orang "watashi" itu kerap digunakan tapi selainnya ialah "watakushi, washi, boku, ore, oira, jibun" dll (setakat yang saya tahu).

Ini lagu kucing yang saya tunggu setiap pagi.
Ore neko (x2)
Koko ore no uchi (x2)
Kore itsumono gohan
Kore su-pe-shi-ya-ru (special) gohan
sore daisuki omocha
sore ochitsukune toko
ore neko
kore uchi no yatsu
koitsu gohan kureru
koitsu asonde koreru
ore neko dakara koitsu no kotoba wakaranai
ore neko dakedo, koitsu no kimochi naze ka yoku wakaruuuuuu...
ore neko (x4)

Terjemahan @Leyla.Shuri.
aku kuching (x2)
ini rumah aku (x2)
ini makanan biasa
ini makanan istimewa
itu mainan paling suka
itu tempat rehat paling suka
ini tuan aku
tuan ini beri makan
tuan ini bermain-main
akur tidak faham kata-kata tuan ini sebab aku kucing
tapi walaupun aku kucing, aku faham perasaan tuan aku
aku kucing (x4)
(Lebih banyak lagi perkataan Jepun yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dalam novel-novel saya-lihat novel saya di sebelah kanan skrin).
*****


4 comments:

  1. Marina suka sangat lagu ni. Ada versi penyanyi lelaki...ada versi penyanyi wanita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap pagi lagu ini disiarkan dalam prog. kanak-kanak. Setiap hari lain kucing dan lain tuannya. Memang lagu ini "catchy" dan sengaja dipermudahkan untuk kanak-kanak nyanyi bersama. Itulah fasal Marina pun suka. Tapi saya pun suka. Lagu ini sebagai memberi semangat untuk saya mencari sumber positif dalam menjalani tugas untuk hari itu (walaupun ada perkara hari sebelumnya yang mengecewakan atau menyakitkan hati).
      wassalam.

      Delete
  2. 'Ore' ni macam dialek Kelantan bagi yang membahasakan dirinya 'Orang' :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yekah, cik Lotty?
      Sebenarnya ore ini bagi kanak-kanak atau orang muda gunakan di Jepun.

      Delete