Monday, September 26, 2016

Antologi ASAS'50


Meraikan sambutan 50 tahun kemerdekaan Singapura, Angkatan Sasterawan '50 (ASAS'50), Singapura telah menerbitkan sebuah antologi cerpen dan puisi untuk penulis Singapura. Antologi ini mengisi ceritera dan imej-imej Singapura pada era pra-merdeka dan pasca-merdeka.

http://www.beritaharian.sg/bahasa-budaya/hadiah-asas-50-buat-sg50


Saya sempat hadir utk pelancaran ini pada 31 Okt. 2015 di Taman Warisan, Singapura.
Saya menyumbang 2 tajuk puisi yang menceritakan kisah-kisah Singapura di zaman 50an dan 60an.




Pada 24 Sept. 2016, sebuah lagi antologi cerpen dan puisi telah diusahakan oleh ASAS'50 untuk merakam kehidupan Singapura pada zaman 60an dan 70an. Sambutannya dalam penyumbangan oleh para penulis Singapura amat meriah yang menceritakan pelbagai sudut kehidupan pada waktu itu.


Untuk buku antologi Hempedu di Tasik Madu, saya menyerahkan sebuah cerpen yang bertajuk BLOK 33 BALAM ROAD.

Ini rumah saya masa saya berumur 7 hingga 16 tahun. Apartmen ini sudah dirobohkan dan bangunan baharu digantikan.
Saya mengabadikan rumah ini dalam mencatatkan sejarah penyiarankan televisyen di Singapura. 50% dalam cerita ini berkait dengan kehidupan saya waktu era televisyen mula penyiarannya di Singapura.

Ini komen daripada seorang yang saya segani, Dr Azhar Ibrahim Alwee, NUS, Pengulas.

"Kehidupan dan gelagat masyarakat tergambar sekali lagi dalam “Blok 33 Balam Road,” oleh Leyla Shuri, menceritakan tentang persaingan di kalangan jiran tetangga dalam membeli dan memiliki peti televisyen, suatu kegilaan di kalangan keluarga untuk memilikinya apabila pertama ia diperkenalkan.  Sisi inilah yang kita tahu pernah berlaku dalam masyarakat dan Leyla sangat anjal melukiskannya sehingga sisi hubungan yang manusiawi sama membuat kita merenungkannya."



Salam Hormat.

*****

Tuesday, September 20, 2016

Pengiktirafan Rasmi


Dengan terbitan majalah FICTION SINGAPORE 2016-2017, saya telah diberi pengiktirafan sebagai penulis Singapura oleh Majlis Seni Kebangsaan, Singapura (NATIONAL ARTS COUNCIL, SINGAPORE).

Biarlah penulis lain berdebat, bertengkar antara satu sama lain tentang karya syiok sendiri, karya popular, karya berat, karya forno tapi saya duduk diam-diam dan teruskan tulisan saya. In syaa Allah.

Yeay!

*****

Wednesday, September 07, 2016

Gadis Pesta Sarung

Maafkan saya sebab lama benar tinggalkan catatan di sini.

Saya ke Singapura selama 50 hari dari 12 Julai 2016 hingga ke 31 Ogos 2016.
Kali ini saya ke sana untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah Singapore Literature Prize untuk novel saya TERBELAH BINTANG SUBARU yang disenaraipendekkan (shortlisted).
Sementara berada di sana, saya mengambil peluang menghadiri kuliah-kuliah ilmu yang dijadualkan oleh Perpustakaan Awam Singapura, ASAS '50 dan lain-lain perbadanan.

Semalam (5 September 2016), cerpen saya bertajuk GADIS PESTA SARUNG (klik pada pautan ini) tersiar di akbar Berita Harian, Singapura.

Nukilan ini saya jadikan cerpen kritikan setelah membaca sebuah artikel dari akbar TODAY, SINGAPORE - SARUNG PARTY GIRL.


Saya rancang mengutip semua cerpen-cerpen yang sudah disiarkan untuk sebuah buku kumpulan cerpen. Itulah sebabnya saya tidak paparkan dengan jelas cerpen-cerpen yang sudah disiarkan.
Saya harap masih diberi sokongan oleh para pembaca terhadap karya-karya saya.
In syaa Allah, kerja pengumpulan ini berterusan.


*****