Monday, September 26, 2016

Antologi ASAS'50


Meraikan sambutan 50 tahun kemerdekaan Singapura, Angkatan Sasterawan '50 (ASAS'50), Singapura telah menerbitkan sebuah antologi cerpen dan puisi untuk penulis Singapura. Antologi ini mengisi ceritera dan imej-imej Singapura pada era pra-merdeka dan pasca-merdeka.

http://www.beritaharian.sg/bahasa-budaya/hadiah-asas-50-buat-sg50


Saya sempat hadir utk pelancaran ini pada 31 Okt. 2015 di Taman Warisan, Singapura.
Saya menyumbang 2 tajuk puisi yang menceritakan kisah-kisah Singapura di zaman 50an dan 60an.




Pada 24 Sept. 2016, sebuah lagi antologi cerpen dan puisi telah diusahakan oleh ASAS'50 untuk merakam kehidupan Singapura pada zaman 60an dan 70an. Sambutannya dalam penyumbangan oleh para penulis Singapura amat meriah yang menceritakan pelbagai sudut kehidupan pada waktu itu.


Untuk buku antologi Hempedu di Tasik Madu, saya menyerahkan sebuah cerpen yang bertajuk BLOK 33 BALAM ROAD.

Ini rumah saya masa saya berumur 7 hingga 16 tahun. Apartmen ini sudah dirobohkan dan bangunan baharu digantikan.
Saya mengabadikan rumah ini dalam mencatatkan sejarah penyiarankan televisyen di Singapura. 50% dalam cerita ini berkait dengan kehidupan saya waktu era televisyen mula penyiarannya di Singapura.

Ini komen daripada seorang yang saya segani, Dr Azhar Ibrahim Alwee, NUS, Pengulas.

"Kehidupan dan gelagat masyarakat tergambar sekali lagi dalam “Blok 33 Balam Road,” oleh Leyla Shuri, menceritakan tentang persaingan di kalangan jiran tetangga dalam membeli dan memiliki peti televisyen, suatu kegilaan di kalangan keluarga untuk memilikinya apabila pertama ia diperkenalkan.  Sisi inilah yang kita tahu pernah berlaku dalam masyarakat dan Leyla sangat anjal melukiskannya sehingga sisi hubungan yang manusiawi sama membuat kita merenungkannya."



Salam Hormat.

*****

No comments:

Post a Comment