Saya ke Singapura selama 50 hari dari 12 Julai 2016 hingga ke 31 Ogos 2016.
Kali ini saya ke sana untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah Singapore Literature Prize untuk novel saya TERBELAH BINTANG SUBARU yang disenaraipendekkan (shortlisted).
Sementara berada di sana, saya mengambil peluang menghadiri kuliah-kuliah ilmu yang dijadualkan oleh Perpustakaan Awam Singapura, ASAS '50 dan lain-lain perbadanan.
Semalam (5 September 2016), cerpen saya bertajuk GADIS PESTA SARUNG (klik pada pautan ini) tersiar di akbar Berita Harian, Singapura.
Nukilan ini saya jadikan cerpen kritikan setelah membaca sebuah artikel dari akbar TODAY, SINGAPORE - SARUNG PARTY GIRL.
Saya rancang mengutip semua cerpen-cerpen yang sudah disiarkan untuk sebuah buku kumpulan cerpen. Itulah sebabnya saya tidak paparkan dengan jelas cerpen-cerpen yang sudah disiarkan.
Saya harap masih diberi sokongan oleh para pembaca terhadap karya-karya saya.
In syaa Allah, kerja pengumpulan ini berterusan.
*****
Semoga berjaya dalam usaha Puan Leyla Shuri untuk mengumpulkan cerpen-cerpen. :)
ReplyDeleteIn syaa Allah, kalau tak salah saya kita sudah kenal dan jumpa di Pesisir Putrajaya. Nama gelarannya Pnat, bukan?
DeleteKita tak pernah berjumpa sebelum ni. Hehe... kalau ada rezeki, saya nak jumpa puan.
Delete