Tuesday, November 28, 2017

Perasmian kigo


Dua kali setahun, kami terima senarai kata musim baharu daripada Ketua Persatuan Haiku Jepun. Kami telitikan istilah-istilah baharu yang telah diluluskan dan menjadi rasmi untuk pembentukan haiku. Lelaki yang duduk di kanan itu guru pesara yang baru terima anugerah penulis Haiku di Okinawa dan telah terbitkan 8 buku himpunan haiku. Lelaki duduk tengah juga telah menerima beberapa anugerah haiku selama 35 thn berkecimpung menulis haiku. Perempuan itu mengajar haiku di balai raya. Dan saya mengajar haiku online kepada peminat berbahasa Melayu. Kami sama-sama telah terbitkan beberapa antologi haiku bahasa Jepun. Gambar Kumpulan Haiku Sagaribana di Balai Raya Nishihara (22 Ogos 2017).
*****

2 comments:

  1. Salam singgah sini dan follow :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sudi follow. Maaf, saya tidak updet kerap-kerap.

    ReplyDelete