Friday, November 14, 2003
Bertemu-mesra dengan Tun.
Suami dan saya ke Dewan Sivik Naha semasa forum sudah bermula dengan ucapan pembukaan. Saya perhatikan auditorium agak penuh.
Ceramah pertama dari Mikhail Gorbachev bekas presiden Soviet Russia. Tema ceramahnya "pessimitic of future political hopes".
Selepas itu, baru lah Tun Dr. Mahathir membentangkan hujahnya yang bertemakan "paranoid". Mengatakan yang dunia politik sekarang sangat "paranoid". Yang diulas juga di akbar ini, The Star.
Penceramah ketiga dari Zbigniew Brzezinski (Former National Security Advisor pada presiden USA). Malangnya beliau tidak dapat hadir dan ceramahnya dilakukan berbentuk video conference.
Pembentang yang ke4 dari Kenneth Quinones (Director for the Korea Peninsula Programe for Asia & the Pacific).
Dia melapurkan yang Bush telah mengambil tindakan keterlaluan dengan memerangi Iraq.
Waktu rehat, pendengar tunggu kesemua tetamu undangan keluar terlebih dahulu, barulah dibenarkan keluar dari auditorium.
Waktu rehat hanya 20 minit sahaja dan penuntun diumumkan supaya masuk sebelum tetamu undangan dijemput duduk.
Persembahan ke5 dari Kim Kyung-Won (Former Ambassador to the USA and the UN of the Republic of Korea). Saya tertidur waktu ceramahnya!
Ceramah dari tetamu undangan ke 6 dari Jian Mingjun (Chairman of the Global Compact Center fo UN Program). Tema ceramahnya membentangkan cara negara-negara maju berdamai dengan semua negara tidak mengambilkira kemajuan negara lain.
Ceramah yang ke7 dibentangkan oleh Keiichi Inamine (Governor of Okinawa Pref.) bertemakan sejarah kepulauan Okinawa yang damai dan usahanya untuk mengkurangkan pengkalan tentera Amerika.
Ceramah yang ke8 dan terakhir dari Tatsuo Arima (mengantikan tempat Ryutaro Hashimoto-Former PM of Japan, yang tidak hadir). Mengharapkan setiap negara mengikut cara demokrasi dalam sistem politik negara masing-masing.
Waktu rehat tengah hari sempat saya mencari sudut yang sunyi dan meminta izin pada pak gaurd situ untuk bersolat dalam 10 minit. Izin di beri dan pak guard menghalang orang lain dari melalui sudut solat itu selama saya bersolat. Disebabkan harus melapurkan diri di pejabat, suami tinggalkan saya sendiri dan balik rumah untuk menyiapkan kerjanya.
Bahagian kedua masuk sessi perbincangan ahli penal yang dipimpin oleh Soichiro Tahara, seorang wartawan di akhbar utama pulau ini.
Banyka juga soalan yang ditujukan dan dibalas sampai masuk waktu asar.
Sessi soal jawab tamat pukul 5.30 petang. Waktu berbuka puasa 5.47 petang, lalu saya mencari air untuk berbuka puasa.
Selepas solat maghrib di sudut yang sama waktu solat zohor, saya termasuk bilik tetamu. Saya tidak tahu itu bilik tetamu, di luar bilik itu terdapat ramai anggota keselamatan dari Malaysia dan Jepun berdiri rapi.
Salah seorang di antara mereka berkata "kalau akak nak jumpa Tun, terus masuk dalam", lalu di tunjukkan ke arah pintu tetamu itu.
Ah, ada peluang bertemu Tun!
Apabila pijak ke bilik tamu, saya lihat hanya Tun dan Tun Sri sahaja berdua sedang berbual. Mereka berhenti berbual dan menoleh ke arah saya, tersipu-sipu, saya memperkenalkan diri.
Ini perbualan kami.
saya: Tun, buat lah rumah sini!
Tun: ah! mahal sangat.
saya: orang sini banyak umur panjang
Tun: oh, iyeke? Apa mereka makan?
saya: mereka selalu makan peria pahit.
Tun: iyeke? Itu saja ke?
Tun Sri: Jepun semua barang mahal. Awak dah lama tinggal sini ke?
saya: adalah dalam 7 tahun, lebih lama di pulau atas.
Tun Sri: Bagus ke sini?
saya: bolehlah tahan, macam Mslaysia juga sikit.
Tun Sri: Tenguk tu, ada orang nak ambikkan gambar! (lalu kami pun berposing).
Esok sambung Garden Party dengan Tun.
Sila lihat foto di link fotopages.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment