See Invitation Card here
This news was published in The Star.
Saya dapat tahu kunjungan Tun Dr. Mahathir ke pulau ini seminggu lepas dari kawan lama yang pernah berkursus pada tahun 1989.
Sebenarnya tidak ada desas-desus pun tentang kedatangan beliau dari media berita tempatan. Saya belum pasti sangat berita yang saya dengar dari kawan itu tapi selepas 2 hari, ada dimaklumkan di berita tempatan. Dengan segera saya buat tiga panggilan.
Pangillan pertama pada seorang pensyarah di universiti Ryukyu.
Pangillan kedua pada seorang pelajar melayu di universiti Ryukyu.
Pangillan ketiga pada seorang kawan yang berkabel.
Keesokkan hari, pensyarah universiti itu menggatakan yang dia agak terlambat mendapatkan tiket forum itu dan kalau saya ingin juga ke forum itu tanpa tiket, hadirkan diri di hari itu dan berdoa supaya diizinkan masuk.
Jawapan dari pangilan kedua juga tidak berjaya mendapatkan tiket forum itu sebab dia tidak tahu tentang forum itu. Walaupun pelajar ini sudah lama berkursus di pulau ini sejak 1989, tapi berita yang penting seperti ini tidak dimaklumkan dari kedutaan Msia. Sungguh pelik!
Pada tahun 1989, Shiela Majid pernah datang buat persembahan dan sempat peserta dari JICA-OIC datang bertemu-bual dengannya. Masa itu, kedutaan yang memaklumkan kedatangan penyanyi itu.
Harapan terakhir ada pada Emi, kawan yang berkabel itu. Semalam Jumaat, dia datang ke rumah dengan tiba-tiba dan serahkan dua keping tiket untuk ke forum itu.
Bila ditanyakan cara dia mendapatkan tiket itu katanya..."syy" dan dia ada cara sendiri.
Alhamdullillah, ada rezeki untuk bertemu dengan Tun terkenal itu.
Sunday, November 09, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment