Friday, December 26, 2003

Kurisumasu

Kurisumasu-sebutan Jepun.

Hari ini Krismas tapi di Jepun tidak cuti umum. Memang lebih dari 80% negara dalam dunia ini bercuti pada hari krismas tapi Jepun tidak mencampurkan politiknya dengan kepercayaan ugama sesuatu kaum.

Saya membeli barang dapur di Kanehide yang berlambangkan burung merpati. Hiasan krismas memancar-macar dan lagu krismas bersambung-sambung tidak berhenti. Saya ke kedai sayur pula, di situ juga semak dengan hiasan krismas. Selepas beli sayur, saya menuju ke bank untuk mengeluarkan duit, juga berkelip-kelip lampu hiasan krismas. Seterusnya saya ke kedai roti Jimmy, lagilah rancak hiasan krismas situ. Perjalanan balik dari kedai roti itu melalui mall besar Ryubou, wah seperti persembahan lampu, terang bersilau. Yang peliknya, krismas di Jepun tidak cuti.

Ada juga orang Jepun hiaskan lampu kelip-kelip di kawasan luar rumah, di dahan pojkok, di celah pagar dan dinding tapi mereka bukan berugama kristian.
Pelik tak rasa mengapa mereka sibuk menghias rumah dan hari krismas tidak diberi cuti awam.
Hari krismas ini sangat di komesialkan sekarang. Sebut krisma dan orang Jepun melambangkan dengan pokok krismas, hadiah dan kek strawberi. Pada malam krismas pula setiap hotel penuh ditempah oleh pasangan kekasih. Bermula dengan partu kemudian candlelight dinner dan selepas itu entah apa lagi.

Tadi di kedai sayur, saya berbual dengan Noriko-san, isteri penjual sayur itu. Saya mula dengan memuji kecantikkan hiasan krismas di kedai itu dan terus tanya tahukah dia apa itu erti krismas sebenarnya.

Dia jawab..."saaaa, wakaranai!"
Dia teruskan "krismas wa krismas desu" (krismas tu krismas-la!")
Tahu tak orang kristian sembahyang pada hari krismas?
Wakaranai.
Tahu tak Jesus?
Wakaranai.

Sudahlah, semua tak tahu tapi kedai itu dihias begitu meriah dengan lampu kilat-kilat.

Dua, tiga tahun lepas, kita beraya 2-3 hari berbeza dengan hari krismas. Saya beriye-iye menghiaskan kawasan depan rumah dengan illuminasi lampu berkilat, kononnya nak ikut macam orang kampung, tujuh liku, 10 liku. Hari raya banyak tetamu datang dan ada seorang yang mengatakan saya meniru budaya kristian cara menghias lampu depan rumah. Tetamu itu memberi amaran agar saya jangan mengikut cara kristian sebab ia akan membawa pada fitnah. Katanya lagi, perbuatan seperti itu tidak ditulis dalam hadis. Sememang betul katanya tapi niat saya hanya untuk memeriahkan suasana puasa dan raya seperti budaya orang kampung. Setelah mendengar syarahannya terasa juga bersalah. Perayaan tahun selepas ini, hiasan lampu saya campakkan hingga berabuk.
Mungkin kawan yang memberi amaran itu akan pengsan beruk tengok hiasan lampu waktu perayaan Islam di Malaysia dan Singapore.

No comments:

Post a Comment