Tahun baru Jepun jatuh pada tarikh masihi Jan 1. Kalau mengikut sejarah tahun baru mereka bersamaan dengan orang Cina tapi dibubarkan lebih kurang 100 tahun lepas disebabkan mereka tidak mau ada persamaan dengan negara Cina. Maka sekarang mereka mengikut tahun baru masihi untuk perayaan hari raya mereka.
Persiapan: Sebulan menjelang tahun baru, kerja membersihkan rumah sudah dimulakan. Di luar kawasan rumah seperti longkang dan ladang terbiar, mereka bergotong-royong mengumpul jiran tertangga mengemaskan bersama.
Malam tahun baru itu, stesyen TV NHK - sebuah stesyen kerajaan Jepun mengadakan acara pertandingan menyanyi antara lelaki dan perempuan atau The Red and White Show. Hampir 80% rakyat Jepun menunggu acara ini setiap malam tahun baru. Ianya bermula pada 7.30 mlm hingga ke 11.45mlm. Selepas kumpulan yang menang diumumkan jam akan masuk tepat pukul 12 mlm. Maka mereka menyanyi lagu Auld lang syne versi Jepun dan loceng besar dibunyikan.
Pakaian mereka untuk tahun baru kebanyakkan fesyen moden sebab harga kimono satu set boleh mencecah ke jutaan yen. Contohnya yang sederhana berharga antara 300,000 hingga ke 980,000 yen.
Hidangan tahun baru.
Kebanyakkan mereka buat tempahan seminggu sebelum tahun baru, makanan khas untuk tahun baru. Ada juga yang sanggup masak sendiri tapi mengikut trend sekarang, mereka hanya buat tempahan sahaja.
NewYearFood
Hadiah tahun baru.
Mereka menziarah rumah sedara mara dan kebiasaannya mereka siapkan duit dalam kertas sebagai hadiah untuk anak-anak di rumah yang mereka ziarahi.
Rata-rata anak sekolah rendah duit raya antara yen 1000 hinga ke yen 3000 (R96.00) dan yang sekolah menengah atau high school dapat antara yen 5000 hingga ke 10,000(RM160.00).
NewYearGifts
Ada juga yang membawa hadiah seperti sabun, kopi, teh atau minyak makan untuk disembahkan ke "butsudan" atau tok kong nenek-moyang .
Tempat ini dihiaskan dengan pulut puteh dan garam juga jambangan bunga.
Selepas 15 hari, hadiah-hadiah ini digunakan sendiri.
Nota kaki: Rumah ini tidak ikut perayaan tahun baru, kami lakukan seperti hari biasa sahaja. Bila diberi duit tahun baru oleh makcik mereka, anak-anak saya ambil dengan senyuman gembira.
Duit, tak sanggup nak tolak.
Sunday, December 28, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment