Sunday, January 04, 2004

Mula sekolah

MasukSekolah


*beg itu dibuat dari kulit asli, digunakan hingga 6 thn, perhatikan harga beg itu...


Mungkin sekarang semua ibu-bapa di Malaysia sedang sibuk menyiapkan anak-anak ke sekolah.

Di Jepun penggal baru bermula pada bulan April bukan Januari. Bulan April apabila sakura sedang berkembang. Bukan sekolah sahaja yang bermula pada bulan April, semua syarikat tempatan juga bermula segalanya dari bulan April.

Berbalik pada sistem sekolah rendah pula, sebelum mula penggal anak itu diberikan sebuah meja belajar dan selalunya meja ini hadiah dari nenek atau datok anak itu. Beg sekolah seperti gambar di atas juga harus disiapkan dan kebiasaan warna merah untuk anak perumpuan dan hitam untuk anak lelaki. Semua beg sekolah yang sama bentuk ini. Mereka tidak memakai bentuk lain untuk ke sekolah. Ini yang saya rasa amat pelik.
Sebenarnya buku teks mereka semua sama ukuran and beg ini sudah dibentukkan untuk buku teks sekolah.

Untuk hari pertama, ada sessi gambar kelas bersama ibu-bapa dan inilah sebabnya mereka berpakaian formal pada hari pertama itu. Juga untuk hari pertama ibu-bapa mengikut anak-anak masuk dewan mendengar ucapan guru sekolah bersama. Selepas sessi foto bersama, ibu-bapa disuruh balik dan untuk hari kedua dan selanjutnya, ibu-bapa tidak dibenarkan melangkah masuk ke kawasan sekolah lagi.

Pada hari pertama ini, kebiasaan jadualnya hanya ini sahaja.
1) Ucapan guru dan sessi memperkenalkan diri,
2) program tahunan sekolah,
3) melantik ketua kelas dari ibu/bapa untuk Parent-Teacher Association (PTA).
4) Tanda-tangan untuk pembayaran makan tengah hari.

Makan tengahhari disediakan oleh sekolah, pembayaran di tolak dari akaun bank ada juga yang diberi sabsidi oleh kementerian pelajaran-dalam potongan 30 % . Buku teks untuk setiap mata pelajaran diberi percuma dan yang perlu dibeli hanya buku tulisan sahaja.
Oleh sebab buku teks diberi percuma, setiap hujug habis tamat kelas, buku teks itu dibuang atau disimpan sebagai kenangan.
Murid sekolah rendah tidak berpakaian seragam, setakat baju rumah untuk ke kelas.

Setiap murid berjalan ke sekolah sebab sudah ditentukan setiap kawasan perumahan diadakan sekolah dalam 2 km persegi. Ini bermakna setiap 2 km mempunyai sekolah kerajaan. Ibu-bapa tidak digalakkan menghantar dan mengambil anak dari sekolah, ini untuk menanamkan rasa berdikari. Anak-anak sekolah berjalan setiap pagi dan untuk melintas jalan, ibu-bapa bergilir bantu menjaga di setiap sudut lampu merah. Ini untuk menyenangkan anak-anak sekolah menyemberang jalan.

Di kawasan sekolah tidak ada kantin. Murid-murid tidak dibenarkan membawa duit sekolah. Kelas bermula dari 8 pagi hingga ke 2 ptg untuk murid darjah 1-3 dan 4 ptg untuk murid darjah 4-6.

Persiapan makan tengah hari disediakan oleh sekumpulan caterer untuk setiap sekolah. Caterer ini menghantarkan makanan itu sebelum mauk waktu makan dan mengambil bekas-bekas makanan sehabisnya waktu makan. Ibu-bapa diberi menu makanan bulanan dan kebiasaan makanan tengah hari itu mengandungi nasi, susu, buah, ais krim sop dan lauk. Bagi anak-anak Islam dibenarkan membawa makan sendiri dari rumah tapi ini mesti izinkan terlebih dulu dari guru kelas.

ps: aduh sakit bahu den...panjanglebar pulak entry ini.

No comments:

Post a Comment