Konnichiwa (good afternoon), dia kata.
Saya balas konnichiwanya dan menambah...Tokyo e onegaishimasu (ke Tokyo, sebenarnya perkataan "onegaishimasu" susah diterjemahkan).
Dia mengambil kotak itu dan membeleknya sebentar, lalu meletakan ke atas piring alat penimbang.
Sambil dia merenung jarum penimbang itu, saya merenung wajahnya.
Orangnya lelaki muda dalam lingkungan 27 tahun. Bulu keningnya hitam dan lebat, matanya seperti dua kacang almond dan dihujung mata itu ternaik sedikit. Lubang hidungnya tertutup dan bibirnya berwarna merah lembut. Mukanya berbentuk 4 segi dengan rangka dagunya yang kukuh.
Di bahunya tergambar tebing air yang menjunam menjatuhkan air di lengan. Bahunya juga berbentuk 4 segi, teguh. Badanya tegap, dan tinggi dalam 1.76 meter.
Saya terpegun memandangnya, dan dalam bersembunyi merenung lagi wajah itu.
Selepas menimbang kotak itu, dia mohon saya menanda tangan di borang alamat. Dia menghulurkan pen dan saya sempat merenung kulit tangannya yang halus, tapak tangan itu berisi dan kemerahan bersama jari-jemari yang elegan.
Saya menolak pemberian pen dari tangannya sebab jika tersentuh jarinya yang elegan itu, mungkin eletrik di tangan ini seperti kabel yang dipasang api menuju bagai kilat ke alat yang meletup.
Saya mencari pen di kaunter sebelah dan meletakkan tanda tangan di kertas itu.
Dengan mata yang tajam menghadap muka ini, dia mengatakan harga setem untuk hantaran itu dengan suara lemak dan lunak.
Saya renung sekali lagi mata almondnya yang berwarna coklat tapi hanya sejenak sahaja sebab saya tahu kelemahan diri ini.
Dia menyerahkan tangannya untuk menyambut wang yang ada di tangan ini tapi sekali lagi saya menolak tangan itu.
Saya meletakkan wang pembayaran ke pinggan yang disediakan khas di kaunter.
Dia mengambil piring itu, mengira dan mengeluarkan resit dari mesin daftar tunai.
Saya memandang wajah itu sepuasnya dan berkata sendiri.
Ya Allah punya kuasa yang ada pada-Mu mencipta seorang yang sehencem ini, seindah ini, setampan ini.
Walau sekuat iman ini, dapat juga dicairkan seketika dengan ketampanannya yang Engkau Jadikan.
Walau nafsu ini seperti salji cecair yang mengalir di musim panas ke sungai Ganges, hilang dibawa ombak dan akhirnya menjadi awan, dapat juga ditawan dengan percikan yang mengalirkan darah merah ke jantung, lalu melayangkan iman ini.
Ya Allah, saya sangat bersalah. Saya akui tidak dapat menghilangkan wajah anak muda itu dari pandangan "mata" ini.
Ampun, ampun, masya-Allah, subhana-Allah.
Saya hanya manusia biasa yang memuji ciptaan Allah.
Sunday, April 29, 2007
Friday, April 27, 2007
Thursday, April 26, 2007
Sepasu mawar
Monday, April 23, 2007
Pantun noghori
lombu toberak moghato-ghato
moghantau lamo kek tompek oghang
adat popateh den tak kan lupo.
Tongah laman kombang konagho
hari potang potik sobakol bungo
walau banyak bahso den dah cubo
bahso noghori jugak den banggo.
Padang Sobang dokek Pokan Gadek
ghumah boderek bobagai tanggo
maknushiyo lomah kuek mombodek
sampai maso happah pon tak do.
Kambing Pak Ganting masok kobun
habih dibaham anak pucuk ubi
maleh boto molayan oghang ghabun
takot bodosho sampai ko mati.
Friday, April 20, 2007
Menghilangkan
Kak lela, saya Amir, ingat lagi tak? Sekarang saya ada kat Washington DC. Kalau kak lela datang sini, saya tunggu kat airport.
Tunggu, tunggu...Amir yang mana? Kepala ini mula masuk proses computation...bila kita berjumpa? adakah dia peserta JICA? Adakah dia kenalan blogging? Adakah dia pelajar yg sudah tamat pengajian di pulau ini dari JPA?
Tak ingat.
Kat Malaysia kan, ada sejenis kad telefon yang murah kadarnya, 20 min cuma 16 sen saja.
Tunggu, tunggu...20 min untuk 16 sen? Kepala ini mula sekali lagi masuk proses computation...murahkah itu? Kalau tukar kadar itu ke nilai yen, berapa agaknya...
Tak ingat lagi.
Kat Malaysia kan sekarang kalau orang bangsa lain kena langgar kereta, orang Melayu tak ambik port...orang itu berdarah separuh mati pun tak de orang tolong...
Tunggu, tunggu...kalau orang cedera itu berdarah separuh mati, mana tahu dia cina atau melayu? Mungkin darah melayu lebih merah dari darah bangsa lain kot?
Kepala ini masuk proses computation...gagal, tak dapat compute.
Nampak gayanya disebabkan tinggal jauh dari masyarakat melayu dan sudah sekian lama tidak berhubung, maka profail dan data juga masuk proses deletion.
Nampak gayanya juga yang tinggal pada diri ini hanya percakapan dan bahasa melayu saja boleh dikekalkan. Itu pun pada orang bijak pandai berbahasa Melayu (ialah orang melayu rasa puas dengan kepandaian berbahasa melayu), cara tulisan ini seperti jijik dibaca, kotor dijadikan ayat dan tidak seharusnya dihormati dan setaraf. Undang-undang yang dijatuhkan...tak layak menulis bahasa Melayu...keluar, keluar, berambus...
Mungkin betul juga anggapan ini...darah melayu sememangnya lebih merah dan lebih asli dari darah bangsa lain.

Saturday, April 14, 2007
Politik meLayu
ayat 49 surah Al Hujrat yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakkan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang. Kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain. Sesungguhnya seseorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati. Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu patuhilah larangan-larangan yang tersebut dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi amat mengasihi.
Saya selalu diingatkan yang dosa memfitnah itu lebih besar daripada
membunuh.
Sebelum itu elok ditelitkan perkataan fitnah.
Menurut Kamus Dewan fitnah ialah tuduhan berbentuk khabar, kisah, dll yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang.
Bukan mudah membetulkan sesuatu yang sudah menjadi budaya orang Melayu sendiri. Melayu, mana mungkin dipisahkan dengan sikap politikingnya. Bukan setakat dalam politik negara itu sendiri, malah di pejabat, di sekolah, di universiti, dalam tandas, di kedai kopi, dalam blog dan di mana-mana sekalipun asalkan boleh mengumpat, mengeji dan mengata, adalah orang Melayu di situ.
....apa yang tinggal untuk orang Melayu?
Jawapannya Politik.
Itulah yang ada pada orang Melayu dan itulah yang membuatkan orang Melayu mudah benar gila kuasa. Bila sudah ada kuasa, belum tentu mahu membantu bangsa sendiri. Malah mahu ditenyeh-tenyehkan supaya tidak bangkit lagi.
Kata mengatalah yang menjadi modal orang Melayu kerana orang Melayu hanya tinggal kuasa politiknya. Bab-bab yang lain, orang Melayu sudah lama tewas. Ini hakikatnya. Di mana ada tempat yang melemahkan fikiran, adalah orang Melayu.
Ini catatan yang saya petik dari penulis tempatan terkenal
Nisah Haron
Terima kasih, Nisah Haron.

Tuesday, April 10, 2007
Friday, April 06, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)