Thursday, April 26, 2007

Sepasu mawar


Wahai sepasu mawar
berapa lamakah engkau di situ
memerhatikan
badut berbau lalu.

Wahai sepasu mawar
semestinya engkau girang
meninggalkan
tembok busuk di sudut itu.

Wahai sepasu mawar
marilah
berhijrah
memeriahkan taman ikhlas yang merinduimu.

1 comment:

  1. oh cantiknya puisi ini.Tulislah lagi!

    ReplyDelete