Pada mulanya salah seorang muallaf american mengatakan yang jenazah ini meninggal dalam keadaan mini-syahid.
mini-syahid?
Yang saya tahu hanya ada mati syahid, ada kah istilah "mini-syahid" atau orang-orang muallaf di situ sudah keliru dengan istilah mati syahid?
Jadi pada pendapat mereka keadaan mini-syahid tidak perlu dimandikan dan dikafankan.
Huh?
Saya menelefon ustaz amin dan melapurkan keadaan ini, ustaz kata mati syahid ada 7 perkara dan keadaan anak ini meninggal bukan dalam mati syahid.
Lalu saya berhubung kembali dan menerangkan keadaan ini pada ketua di base.
Ia itu jenazah perlu dimandikan dan dikafankan.
Ibu kandung jenazah mau anak itu dihantarkan ke Ivory Coast, benua afrika untuk dikebumikan di situ. Jadi kata sepakat orang-orang base supaya ibunya mengerjakan urusan jenazah itu seperti mandikan dan kafankan.
Tapi...
Setelah beberapa hari, baru hari ini, kami dimaklumkan yang ibu kandung itu bukan orang Islam!!!
Sekali lagi saya menggelabah!
Kalau betul ibu kandung itu bukan orang Islam, bermakna orang sini wajib mandikan, kafankan dan solatkan jenazah sebelum dilepaskan ke tangan ibu kandung itu.
Dengan pesanan bahawa upacara kebumiaan wajib mengikut cara Islam dan dikuburkan di tanah perkuburan Islam.
Hingga hari ini jenazah masih disimpan di bilik mayat, belum dapat dikeluarkan lagi.
Orang-rang lelaki dalam base ingin membuat solat jenazah selepas solat jumaat esok tanpa jenazah dimandikan dan dikafankan.
Saya mengangkat telefon lagi dan berbincang lagi dengan ustaz amin.
Untuk peraturan solat jenazah, jenazah itu perlu dimandikan dan dikafankan terlebih dulu. Bukan saja-saja solatkan tanpa prosedur memandikan dan dikafankan. Kalau tidak pun, biarlah dimandikan, dikafankan dan solatkan sebelum perkebumian apabila sampai ke Ivory Coast kelak.
Saya khabarkan sekali lagi matlumat ini pada orang-orang base.
Setidak-tidaknya kalau tidak mau ambil nasihat saya ini, tolonglah berhubung dengan orang-orang yang lebih mengetahui dalam perkara ini...tolonglah...saya mohon sambil mengurut dahi.
Disaat ini, saya dilapurkan yang orang-orang base akan menunggu jenazah dikeluarkan (tarikh belum tahu lagi), barulah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di sini sebelum dihantarkan ke Ivory Coast untuk ibu kandungnya (yang bukan Islam) menguruskan perkebumiaan secara Islam.
Pada pembaca, tolonglah doakan semoga jenazah ini selamat diuruskan secepat mungkin tanpa kerumitan lagi.
Thursday, October 25, 2007
Sunday, October 21, 2007
Tuesday, October 09, 2007
Merajuk Ramadhan
Hari ini masuk 27 ramadhan, saya masih membuat salam ramadhan sana sini. Ialah orang lain dah buat ucapan raya sana sini saya masih ucap ramadhan.
Bukannya apa, saya rasa merajuk pula bulan ramadhan sebab tidak mengendahkan hari-hari terakhirnya. Raya belum jatuh lagi, sudah sibuk buat ucapan sana sini.
Lagi pun syawal, bulan raya ada sebulan, "can take your time" kan untuk membuat salam dan ucapan raya dalam bulan syawal?
Pun dunia siber, senang aje. Tak perlu jumpa muka, ucap sana sini dalam sejam dah boleh sampai seribu teman dan kenalan, tak susahkan?
Saya sememangnya tunggu sampai masuk syawal barulah buat ucapan, saja nak hormatkan hari-hari terakhir ramadhan...rasa sayang nak tinggalkan, itu yang "hang on to it"!
Ini pe'el saya lah, orang lain tak perlu tiru.
Tadi pagi bangun dengan kepala sarat memikirkan planning masak dan kemas untuk raya ini, saya tonton drama pagi.
Si lelaki lebih kurang 5 thn lebih tua dari budak perempuan itu yang masih sekolah, umur 18 tahun. Yang lelaki tu dah masuk univ.
Budak perempuan nama Kiyoumi jalan di dataran laut dan lelaki itu panggil dia masuk kereta, mula2 kiyoumi enggan tapi lelaki itu kata ada perlu nak bincang.
Maka mereka berjalan di pantai...
lelaki: dalam 5 thn nanti sempatlah...
kiyoumi: sempat apa?
lelaki: sempat kahwin
kiyoumi:kau nak kahwin? kahwin dgn sapa?
lelaki: kahwin dengan kaulah!
kiyoumi: kenapa kahwin dengan aku?
lelaki: aku suka perempuan lambat otak, perempuan otak kosong, perempuan tak berfikir...macam engkau lah!
BOOOOPPPP...terlentang lelaki itu, menyiarap, muka berlumut pasir.
Satu penumbuk sudah jatuh kat muka dia!
Lepas itu, saya ketawa khek, khek, khek sendiri...bertenaga untuk memulakan tugas hari ini.

Thursday, October 04, 2007
Membiak-biak
Rabbit rumah nie beranak lagi wiken lepas. Bulan Ogos 5 ekor anak, bulan Sept. 6 ekor dan wiken lepas 5 ekor lagi.
Kuat betul ibu rabbit itu beranak. Selepas beranak 3-4 hari bulan Sept, hubby asingkan si jantan ke tempat lain. Ingatkan dah safe lah tapi alangkah shockingnya bila tengok wiken lepas nampak lagi anak2 yang baru lahir.
Saya dah boring tahap leher nak tercabut betul.
Hubby punyalah excited tengok anak2 rabbit...betulah kata salah seorang SIL.
Laki kau tu memang suka usagi dari kecil lagi...
Dah banyak sangat rabbit kat tempat ampaian baju. Bila sidai baju, habis jari kaki ini mereka gigit, selalu saya tampar mereka.
Kain dan baju yang panjang sampai ke lantai, mereka gigit dan jadi tembuk kain cantik-cantik.
Baju mahal saya ada sehelai-dua dah bocor.
Tapi saya diamkan aje...maleh nak ngomel kat hubby, dia suka sangat dengan rabbit-rabbit itu tahap tak boleh buat apa lagi.
Kalau ampaian itu jatuh ke lantai, alamat kenalah basuh sekali lagi. Dengan dipijak dan dengan taik hitam berketul-ketul.
Pening betul bau taik rabbit kuat sangat, bayangkan 7-8 rabbit punya taik berserak.
Semalam, masa saya sidai baju dalam waktu asar...matahari masih kuat dan panas. Saya ternampak 3 ekor anak yang baru lahir tergolek-golek. Badan mereka seperti mengigil-gigil atas simen yang berbahang dan panas itu. Macamana mereka boleh terkeluar dari kotak pun saya tak tau.
Saya habiskan ampaian, memikirkan perlu buat persiapan hidangan iftar dalam beberapa jam lagi. Jadi saya tidaklah peduli sangat dengan keadaan anak-anak rabbit yang mengigil-gigil kepanasan itu.
Bila sampai ke dapur, saya susunkan kuih suji yang sudah sejuk ke dalam balang. Dalam 20min kemudian, baru saya teringat anak-anak rabbit yang terlepas tadi.
Saya kata dengan aman suara...3 new baby rabbits dropped from their box!
Wah, hubby punya melenting langkah 2 anak tangga setapak naik ke atas dan masukkan anak-anak rabbit itu ke dalam kotak mereka, saya perhatikan dia melenting dengan cool aje.
Dia kata saya tak ada hati perut, membiarkan anak-anak rabbit itu mengigil kepanasan.
Maleh lah nak jawap-menjawap bulan posa nie...saya kata agaknya ibu rabbit yang bawak anak-anak itu keluar dari kotak.
Sebenarnya saya dah tak pedulikan lagi anak-anak rabbit itu. Entahlah, saya tak terfikir pulak anak-anak rabbbit itu akan mati (tak mati pun). Saya biarkan saja.
Saya kata "one or two is okay but now we have too many of them. My washing is eaten, then they bite my toes, then they chewed the washing machine hose, then they shit on my fallen washing..." cakap lembut-lembut biar dia faham.
Kalau tak cakap, orang lelaki tak kan faham. Mereka tak ada supersonic, telepathic wave untuk memahami kaum puan...kaum puan kasi backinglah!
Biasalah kaum puan bila ada yang tak puas hati, selalu panggil backing sana sini, backing, jangan tak backing.
Ini dah boring, tahap leher nak tercabut!
Nasib baik bulan posa, terpaksa sabar. Kalau bulan lain, nak saya sembelih buat dalca arnab, ulam dengan papadom...wah sodap tu!
Alamak... bulan posa nie, boleh ke saya tulis entri macam ini. Sesiapa yang rasa entri ini tak patut wujud, sila komen le tapi jangan letak nama cik anon!

Subscribe to:
Posts (Atom)