Thursday, October 04, 2007

Membiak-biak

Rabbit rumah nie beranak lagi wiken lepas. Bulan Ogos 5 ekor anak, bulan Sept. 6 ekor dan wiken lepas 5 ekor lagi.
Kuat betul ibu rabbit itu beranak. Selepas beranak 3-4 hari bulan Sept, hubby asingkan si jantan ke tempat lain. Ingatkan dah safe lah tapi alangkah shockingnya bila tengok wiken lepas nampak lagi anak2 yang baru lahir.

Saya dah boring tahap leher nak tercabut betul.
Hubby punyalah excited tengok anak2 rabbit...betulah kata salah seorang SIL.
Laki kau tu memang suka usagi dari kecil lagi...

Dah banyak sangat rabbit kat tempat ampaian baju. Bila sidai baju, habis jari kaki ini mereka gigit, selalu saya tampar mereka.
Kain dan baju yang panjang sampai ke lantai, mereka gigit dan jadi tembuk kain cantik-cantik.
Baju mahal saya ada sehelai-dua dah bocor.

Tapi saya diamkan aje...maleh nak ngomel kat hubby, dia suka sangat dengan rabbit-rabbit itu tahap tak boleh buat apa lagi.

Kalau ampaian itu jatuh ke lantai, alamat kenalah basuh sekali lagi. Dengan dipijak dan dengan taik hitam berketul-ketul.

Pening betul bau taik rabbit kuat sangat, bayangkan 7-8 rabbit punya taik berserak.

Semalam, masa saya sidai baju dalam waktu asar...matahari masih kuat dan panas. Saya ternampak 3 ekor anak yang baru lahir tergolek-golek. Badan mereka seperti mengigil-gigil atas simen yang berbahang dan panas itu. Macamana mereka boleh terkeluar dari kotak pun saya tak tau.

Saya habiskan ampaian, memikirkan perlu buat persiapan hidangan iftar dalam beberapa jam lagi. Jadi saya tidaklah peduli sangat dengan keadaan anak-anak rabbit yang mengigil-gigil kepanasan itu.

Bila sampai ke dapur, saya susunkan kuih suji yang sudah sejuk ke dalam balang. Dalam 20min kemudian, baru saya teringat anak-anak rabbit yang terlepas tadi.

Saya kata dengan aman suara...3 new baby rabbits dropped from their box!

Wah, hubby punya melenting langkah 2 anak tangga setapak naik ke atas dan masukkan anak-anak rabbit itu ke dalam kotak mereka, saya perhatikan dia melenting dengan cool aje.
Dia kata saya tak ada hati perut, membiarkan anak-anak rabbit itu mengigil kepanasan.
Maleh lah nak jawap-menjawap bulan posa nie...saya kata agaknya ibu rabbit yang bawak anak-anak itu keluar dari kotak.

Sebenarnya saya dah tak pedulikan lagi anak-anak rabbit itu. Entahlah, saya tak terfikir pulak anak-anak rabbbit itu akan mati (tak mati pun). Saya biarkan saja.

Saya kata "one or two is okay but now we have too many of them. My washing is eaten, then they bite my toes, then they chewed the washing machine hose, then they shit on my fallen washing..." cakap lembut-lembut biar dia faham.

Kalau tak cakap, orang lelaki tak kan faham. Mereka tak ada supersonic, telepathic wave untuk memahami kaum puan...kaum puan kasi backinglah!
Biasalah kaum puan bila ada yang tak puas hati, selalu panggil backing sana sini, backing, jangan tak backing.

Ini dah boring, tahap leher nak tercabut!
Nasib baik bulan posa, terpaksa sabar. Kalau bulan lain, nak saya sembelih buat dalca arnab, ulam dengan papadom...wah sodap tu!

Alamak... bulan posa nie, boleh ke saya tulis entri macam ini. Sesiapa yang rasa entri ini tak patut wujud, sila komen le tapi jangan letak nama cik anon!

19 comments:

  1. dgg rabbit bagus..low colestrol...

    nyum nyum....

    ReplyDelete
  2. salam cik awak anon,

    saya cadang buat rendang tok arnab...nyum, nyum!
    Malangnya rabbit-rabbit kek ghumah nie kocik lagi...sigh!

    ReplyDelete
  3. Abah zar dulu pun pernah bela rabbit, tapi kami tak pernah makan.. kesian dan sayang sangat. Last last anjing pecah masuk reban rabbit, habis dipulunnya sejak tu tak bela rabbit. Tapi bela pigeon.. buat tomyam bes sangat sedap. Orang kata rabbit ni buat rendang sedap.. agaknyer ler ek..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam 23 ramadhan zar,

    ada orang kata makan pigeon boleh beri tenaga batin utk orang lelaki...nie nak siapkan lestik batu target burung pati pulak kwang-kwang-kwang!

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadan Kak Lela,
    Saya tak pernah makan daging arnab. Teringin juga mencuba, aslakan saya tak nampak arnab tu disembelih :-)

    ReplyDelete
  7. Halela, arnab sedap buat masak lemak cili padi, taruh karot, tomato. Kalau yang di rumah tu kecil lagi, bagi makan cukup-cukup, dah besar nanti boleh sembelih - tapi Pak Kudaka benarkan ke kalau nak sembelih? Nanti dia hangin satu badan, ada yang lain pulak yang kena sembelih ;-)

    Lela buat biskut suji warna apa? Saya bagikan warna warni hijau - kuning - merah. buat bulat-bulat, letak dalam cup comel ;-) tinggal setengah balang saja ni menjelang raya...

    ReplyDelete
  8. salam 24 ramadhan,

    embun, sebenarnya k lela pun sama. Tak tertelan ah si rabbit.

    sri diah, saya nie memang tak banyak cakap punya orang. Sabar setakat mana boleh sabar tapi bila dah tak boleh lagi...senang aje. Saya tak ngomel dan tak cakap apa pun...saya tumbuk aje bahagian yang paling dekat orang yg membuat saya marah itu...takut kan?

    saya buat yg warna asli aje...kuning. Tapi letak minyak sapi asli QBB!

    ReplyDelete
  9. hehe walaupun k lela geram.. kita yg baca entry ni rasa klaka pulak hehe... sungguh2 k lela meluahkan perasaan... hmmm agak2 raya nanti, ada tak yg masak rendang arnab heheh...

    hmm tetiba cam tingin makan rendang kanggaro plak...

    ReplyDelete
  10. mak aii.....laju ek arnab membiak....
    byk tollllll anak2 arnab ni ek....

    satay arnab enak....
    rendang arnab tak pernah rasa plak...

    ReplyDelete
  11. sabar ajelah... hehehe

    saya kat sini kena jadimak angkat urtle belaan anak & hubby. sampaikan mencuci tank nye pun dah didelegate pd saya....

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak Lela...

    Mana dpt QBB? from malaysia ker?

    Suhaila

    ReplyDelete
  13. salam 24 ramadhan,

    nonie, sedap ke rendang kangaroo. Banyak ke makan masa belajar di aussie dulu?

    adik UK, kat dalam hutan UK banyak jenis Peter Rabbit, yang kelabu. Pergi buat jerat, senang tangkap.
    Dulu hubby selalu buat dan dia buat sop miso Jepun, tapi k lela tak makan.

    ReplyDelete
  14. salam 24 ramadhan,

    lina, itulah kan...apa2 yg jadi pet, last-last kita juga yang jaga. Tapi k lela tak ambil port, kalau pet mati, kau orang yang kena tanggung...dah kasi amaran!

    suhaila,
    ye QBB dari msia, kalau nak minyak sapi atau ghee, ada dalam senarai Baticrom, tapi bukan brand QBB!

    ReplyDelete
  15. Puan Halela,

    Ha ha ha.
    Syok baca entri ini.
    Panduan ...

    aminahjazilahabubakar
    ampang selangor malaysia

    ReplyDelete
  16. Kak Lela,
    Teringin nak buat kuih sugi, tapi macam dah tak sempat lak kan...i plan nak buat rempeyek, cornflakes madu n biskut mazola jer....today citer dgn kawan2 kat sini pasal serai okinawa tu....ramai yg nak.
    pos ke nagaoka, niigata bole?Hehehe

    Suhaila

    ReplyDelete
  17. salam 26 ramadhan, suhaila

    Ini suhaila yang k lela jumpa di pasar ikan Nagaoka ke?

    Darihal serai itu, no problem, lebih dari serai...k lela boleh hantarkan apa2 yang hidup belakang rumah ini seperti daun kunyit, daun kari, ibu kunyit dan kalau ada lada padi, rezeki masing-masing lah kan.

    Kalau nak serai untuk hari raya, rasanya tak sempat pergi ke ladang itu sebelum raya nie tapi lepas raya boleh aje k lela pergi ambilkan.
    Nak serai untuk raya ke?

    Lagi satu untuk pembayaran pos, k lela guna sistem chiyaku barai atau penerima bayar. Setuju ke?
    Kalau setuju, berikan alamat & tel no. seorang wakil.

    Sila balas ye.

    salam dari Okinawa.

    ReplyDelete
  18. Kak Lela,

    Salam perkenalan, I ni dah lama jadi silent reader, tak pernah comment. Kawan yg introduce blog kak lela. Tiap2 hari we all berdua mesti looking forward for your entries sebab your entries memang amused us. boleh katakan macam santapan breakfastla sebelum start keje.

    Tapi kali ini tak boleh tak komen, sebab kelakar sangat sampai I ketawa sorang2 sebab kawan lagi sorang dah pergi umrah.

    Apa2 pun I ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan jika komen diatas mengganggu kak lela saya pohon ampun dan maaf.

    ReplyDelete
  19. salam 26 ramadhan ummi,

    Juga selamat berkenalan. Bestnya kawan ummi buat ummrah ramadhan. Satu hari nanti bila ada rezeki, k lela pun nak buat ummrah ramadhan. Makan dan ibadah, makan dan ibadah...tak fikir apa2 lagi...bestnya.

    Taklah, komen ummi itu tak menyentuh hati k lela, rasanya k lela tulis cara Jepun. Sebenarnya orang Jepun kuat buat kelakar, inilah cara mereka buat kelakar, sangat lain dari stail melayu.

    Lepas raya nanti ummi buat komen lagi, sebab k lela nak ucap hari raya lepas raya.

    ReplyDelete