Thursday, October 25, 2007

Kerumitan urusan jenazah

Pada mulanya salah seorang muallaf american mengatakan yang jenazah ini meninggal dalam keadaan mini-syahid.
mini-syahid?
Yang saya tahu hanya ada mati syahid, ada kah istilah "mini-syahid" atau orang-orang muallaf di situ sudah keliru dengan istilah mati syahid?

Jadi pada pendapat mereka keadaan mini-syahid tidak perlu dimandikan dan dikafankan.
Huh?
Saya menelefon ustaz amin dan melapurkan keadaan ini, ustaz kata mati syahid ada 7 perkara dan keadaan anak ini meninggal bukan dalam mati syahid.
Lalu saya berhubung kembali dan menerangkan keadaan ini pada ketua di base.
Ia itu jenazah perlu dimandikan dan dikafankan.

Ibu kandung jenazah mau anak itu dihantarkan ke Ivory Coast, benua afrika untuk dikebumikan di situ. Jadi kata sepakat orang-orang base supaya ibunya mengerjakan urusan jenazah itu seperti mandikan dan kafankan.

Tapi...

Setelah beberapa hari, baru hari ini, kami dimaklumkan yang ibu kandung itu bukan orang Islam!!!

Sekali lagi saya menggelabah!

Kalau betul ibu kandung itu bukan orang Islam, bermakna orang sini wajib mandikan, kafankan dan solatkan jenazah sebelum dilepaskan ke tangan ibu kandung itu.
Dengan pesanan bahawa upacara kebumiaan wajib mengikut cara Islam dan dikuburkan di tanah perkuburan Islam.

Hingga hari ini jenazah masih disimpan di bilik mayat, belum dapat dikeluarkan lagi.

Orang-rang lelaki dalam base ingin membuat solat jenazah selepas solat jumaat esok tanpa jenazah dimandikan dan dikafankan.

Saya mengangkat telefon lagi dan berbincang lagi dengan ustaz amin.

Untuk peraturan solat jenazah, jenazah itu perlu dimandikan dan dikafankan terlebih dulu. Bukan saja-saja solatkan tanpa prosedur memandikan dan dikafankan. Kalau tidak pun, biarlah dimandikan, dikafankan dan solatkan sebelum perkebumian apabila sampai ke Ivory Coast kelak.

Saya khabarkan sekali lagi matlumat ini pada orang-orang base.
Setidak-tidaknya kalau tidak mau ambil nasihat saya ini, tolonglah berhubung dengan orang-orang yang lebih mengetahui dalam perkara ini...tolonglah...saya mohon sambil mengurut dahi.

Disaat ini, saya dilapurkan yang orang-orang base akan menunggu jenazah dikeluarkan (tarikh belum tahu lagi), barulah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di sini sebelum dihantarkan ke Ivory Coast untuk ibu kandungnya (yang bukan Islam) menguruskan perkebumiaan secara Islam.

Pada pembaca, tolonglah doakan semoga jenazah ini selamat diuruskan secepat mungkin tanpa kerumitan lagi.

14 comments:

  1. kali pertama dengar istilah mini-syahid...

    betullah anak kecil mati dibunuh itu mati syahid - tapi syahid dunia. sama seperti ibu yang meninggal waktu melahirkan anak, atau kelemasan, atau ditimpa penyakit besar dengan sabar. mereka yang mati syahid dunia hendaklah dimandi, dikafan sebelum disolatkan.

    yang tak perlu dimandi dan dikafankan cuma orang-orang yang mati syahid akhirat - para syuhada yang berperang bagi menegakkan agama Allah SWT. mereka ini tidak wajib dimandi dan cukup dengan dengan pakaian yang berlumuran darah untuk dikebumikan kerana darah itulah saksi kesyahidan mereka.

    kesian kak lela berkali-kali telefon tokyo pasal soal jawab jenazah. dan pening pasal drama keluarga si anak kecil... bila saya dengar pasal kedudukan si ibu yang bukan islam, terfikir - padanlah nak buat memorial service dengan adab kristian sebab ibu si anak itu juga kristian...

    kami sekeluarga doakan urusan jenazah si kecil yang tak berdosa dapat disegerakan dengan sempurna...

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Lela...semoga dipermudahkan oleh-Nya segala urusan untuk pengebumian jenazah sikecil ini...

    ReplyDelete
  3. hmmm... yang baca ni pun rasa susah hati apa lagi yang kena uruskan...apa2 pun di doakan agar segala urusan akan dipermudahkan olehNya...sabar sajalah kak :)

    ReplyDelete
  4. kak lela,

    nanti insya Allah amin akan hantar link berkaitan kategori syahid, dengan hadith nya sekali...

    definisi saya seblm ni mungkin ada tersilap sikit... gomen ne...

    tapi bab anak itu mati syahid yang masih perlu dimandi dan dikafan sebelum disolatkan itu betul...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak Halela,

    Mengenai kategori jenis syahid, boleh dirujuk pada laman web http://www.arrahmah.com/blog/pembagian-jenis-syahid/

    ada dinyatakan hadith sahih sebagai sandaran.

    nota:
    cacar = taun
    diare = kolera

    azra telah merujuk kepada laman web
    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/10d7d8579a57bb040025731e000eee1f?OpenDocument
    tetapi jawapan di situ tidak dinyatakan hadith yang menjadi sandaran.

    wallahu alam bissawab

    salam dari asakusa,
    mohd. amin

    ReplyDelete
  6. auntie..tabahnya. pening betul kepala azra bila membaca hal ini. terkejut ada juga. macam-macam ragam. harap urusan ini akan berjalan dengan betul.

    ReplyDelete
  7. Semoga semuanyer berjalan dgn selamat.AMIN

    ReplyDelete
  8. Salam Jahrera,

    Simpati saya mengenang nasib arwah anak yg malang ini, angkara kelalaian ibubapa yg mengambil mudah soal agama (negeranya dibenarkan berkahwin lain2 agama ke ye?).
    Mungkin Allah terlalu sayangkan anak yg tidak berdosa ini kerana itu diambil nyawanya.

    Jahrera tiada orang yg alim ke utk dirujuk di pulau Okinawa? Terasa kecilnya komiti yang arif agama di bumi Jepun ni. Tapi alhamdulillah kita warga Malaysia ada ustaz untuk di rujuk.
    Apa yang Jahrera lakukan sekarang ini tidak ternilai ganjarannya.

    Kami doakan urusan jenazah dipermudahkan.

    ps: Bapaknya pula sudah terputus hubungan dgn dunia luar ke, even perkembangan anak sendiri?

    ReplyDelete
  9. harap kak jahrera tabah menangani masalah. dan semoga anak kecil yg tak bersalah itu dapat disemadikan dengan sempurna.

    ReplyDelete
  10. salam..
    satu pengalaman yang menarik untuk pengetahwan..
    samala kita doakan.

    ReplyDelete
  11. kak halela, semoga segala urusan pengkebumian jenazah anak kecil itu dipermudahkan! aminnn

    ReplyDelete
  12. salam klela, rupanya cerita semalam tidak berhenti disitu.. semoga klela dpt menyelesaikan kekusutan yg ada..

    btw my uncle baru aje meninggal dunia pd jumaat hampir waktu maghrib di ICU RIPAS dan baru disemadikan semalam. Kapur berus tu sama seperti antiseptik untuk menghilangkan bau dan ada yg mengatakan digunakan untuk bahan awet.. wallahuwa'lam

    semoga mereka ditempatkan orang2 yg terpilih

    ReplyDelete
  13. Assalamualikum kak Lela,

    Maaf sbb tak catat apa2 di entri sebelum ini sbb pc saya ada masalah dengan kotak komen blogspot.

    Apa pun, saya doakan agar Allah mempermudahkan urusan kak Lela dan keluarga jenazah.

    ReplyDelete
  14. Salam Kak Lela ,

    pB doakan agar semasa komen ini ditaip, semua urusan menyempurnakan jenazah adik itu telah selamat dijalankan ...

    ReplyDelete