Tuesday, October 09, 2007

Merajuk Ramadhan

Hari ini masuk 27 ramadhan, saya masih membuat salam ramadhan sana sini. Ialah orang lain dah buat ucapan raya sana sini saya masih ucap ramadhan.
Bukannya apa, saya rasa merajuk pula bulan ramadhan sebab tidak mengendahkan hari-hari terakhirnya. Raya belum jatuh lagi, sudah sibuk buat ucapan sana sini.
Lagi pun syawal, bulan raya ada sebulan, "can take your time" kan untuk membuat salam dan ucapan raya dalam bulan syawal?

Pun dunia siber, senang aje. Tak perlu jumpa muka, ucap sana sini dalam sejam dah boleh sampai seribu teman dan kenalan, tak susahkan?
Saya sememangnya tunggu sampai masuk syawal barulah buat ucapan, saja nak hormatkan hari-hari terakhir ramadhan...rasa sayang nak tinggalkan, itu yang "hang on to it"!

Ini pe'el saya lah, orang lain tak perlu tiru.

Tadi pagi bangun dengan kepala sarat memikirkan planning masak dan kemas untuk raya ini, saya tonton drama pagi.

Si lelaki lebih kurang 5 thn lebih tua dari budak perempuan itu yang masih sekolah, umur 18 tahun. Yang lelaki tu dah masuk univ.

Budak perempuan nama Kiyoumi jalan di dataran laut dan lelaki itu panggil dia masuk kereta, mula2 kiyoumi enggan tapi lelaki itu kata ada perlu nak bincang.

Maka mereka berjalan di pantai...

lelaki: dalam 5 thn nanti sempatlah...
kiyoumi: sempat apa?
lelaki: sempat kahwin
kiyoumi:kau nak kahwin? kahwin dgn sapa?
lelaki: kahwin dengan kaulah!
kiyoumi: kenapa kahwin dengan aku?
lelaki: aku suka perempuan lambat otak, perempuan otak kosong, perempuan tak berfikir...macam engkau lah!

BOOOOPPPP...terlentang lelaki itu, menyiarap, muka berlumut pasir.

Satu penumbuk sudah jatuh kat muka dia!

Lepas itu, saya ketawa khek, khek, khek sendiri...bertenaga untuk memulakan tugas hari ini.

13 comments:

  1. perghhh baru kena buku dengan ruas... ada ke nak nak cakap camtu kat pompuan tu... apa2 pun selamat membuat persiapan Raya dan persiapan berbuka puasa juga :)

    ReplyDelete
  2. heheh... bagus betul dapat sebiji kat muka

    kak lela, salam Ramadan kembali buat kak lela sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. salam 28 ramadhan,

    alinlai, kalau nak tau...itulah salah satu cara org Jepun buat proposal kahwin...terus terang minta izin dahulu.

    embun, itulah cara terus terang mereka. Si lelaki itu memang sukakan Kiyoumi dan itu perasaan murninya, lelaki itu tidak tau tipu sunat!

    ReplyDelete
  4. heheee... gelak sendirian,tak pasal2 kena penumbuk sebijik.

    Salam ramadhan buat kak lela sekeluarga.. selmat bersahur & selamat berbuka :D

    *nnti saya emailkan add,nk tgk gmbr yg saya amik dlm buku yg k lela ckpkan tuh(ada ker)

    ReplyDelete
  5. salam 28 ramadhan pada keluarga fendytini,

    Lama tak dengar khabar keluarga tini. Agaknya semua proses pertukaran kehidupan balik ke Msia sudah beres sekarang.

    Sila lihat tajuk "rezeki ramadhan" utk membaca tentang "Forward word" dari Datuk Bandar Ipoh untuk buku itu, printer sudah dapatkan no. ISDN untuk buku ini dan lepas raya nanti, printer kata proses terakhir mungkin diselesaikan.
    Ada wakil di Msia yang menjaga penggedaran buku ini.
    Nanti saya berikan no. contact dia, setelah diberitahu distribution bermula.
    Banyak juga imej diganti-alih oleh printer disebabkan masaalah teknikal dan saya tidak tau imej mana yang ditukar itu.
    Harap sabar menunggu, hanya sedikit lagi...

    ReplyDelete
  6. Salam Puan Halela,

    tabiat baru
    pagi2 mesti nak jenguk blog Puan Halela ...
    Suka ketawa-ketawa baca hal hidup orang lain ...
    kawan lelaki saya pun cakap macam dalam drama itu ... dia ajak saya ke US sebab dia rasa dia tak akan jumpa kawan macam saya "perempuan yang bengap sikit, lambat faham" ...tapi oleh sebab lelaki dan perempuan bukan muhrim tak boleh tinggal sama-sama ... dia fikir-fikir ... ah ... kahwin sajalah ... orang macam tu pun ada!

    tapi media content yang macam Puan Halela tengok tu ... sekadar hiburan, to make us melekat to the idiot box! ha ha ha ... moga-moga kita semua tengok sambil lalu sahaja ... :-)

    aminahjazilahabubakar
    ampang selangor malaysia

    ReplyDelete
  7. salam 28 ramadhan,

    cik aminah jasmin, jgn kata org lelaki macam itu tak bagus, dia tidak berpura-pura, dia tidak memuji sebelum kahwin dan itu yang sebenarnya peribadi dia.
    Dulu sebelum kahwin, suami saya selalu kata, dia suka pandang muka ini sebab banyak jerawat batu...boleh terima? Tapi kami sudah berumah tangga 26 thn!
    Ambillah lelaki begini, they are not pretentious, they are truthful to the bones!

    Drama itu hanya 15 min saja waktu pagi, kira kalau tak puasa, hiburan breakfast sajalah...saya hanya tengok drama itu dan berita saja di tv. Radio pun tak pasang.

    ReplyDelete
  8. salam ziarah blog...
    selama hari raya...
    seronokja tgk drama tu... drama apa tu?

    ReplyDelete
  9. salam ramadhan terakhir buat sifu. smg kita sentiasa dalam rahmat-Nya.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.
    Selamat hari raya aidilfitri buat auntie dan sekeluarga. Tahun ini saya tidak sempat mengirimkan kad raya kepada auntie. :) Semoga hari raya tahun ini lebih bermakna daripada yang lepas-lepas. Ampunkan saya jikalau ada terkasar bahasa.

    ReplyDelete
  11. Salam lebaran k.lela,
    Orang pergi beraya tapi saya sementara menunggu tetamu datang di runah mertua saya ini, saya berkunjung ke rumah k.lela melalui blog ini jadi bolehlah nak beraya dengan k.lela ni. kad raya saya dah sampai ke? Apa pun semoga sejahtera selalu dan sambutlah salam aidil fitri maaf zahir batin dari Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  12. salam 4 syawal,

    faridmw, selamat berhari raya di syria. Mungkin di situ banyak pelajar dan rakyat melayu, tidaklah rindu-kerinduan sangat kan?
    Drama itu hanya ada di Jepun sahaja. Nanti bila senang saya akan buat satu entri tentangnya.

    defina chan,
    take care ye bila balik kampung beraya, selamat pergi dan kembali bertugas di putrajaya.

    ReplyDelete
  13. salam 4 syawal azra dear,
    don't worry about the card, its ok. Salam kemaafan dari aunty juga, azra belajar rajin2 ye.

    meksu, hari ini sudah 4 syawal, kad raya belum terima lagi. Saya menunggu hari2 nie, nak gantungkan ke dinding dgn kad2 lain.
    Jahrera pun raya tak dapat keluar rumah, banyak sangat tamu datang. Kena tunggu syawal 2 atau 3 baru bebas berjalan keluar.
    Salam aidil fitri dan salam kemaafan zahir batin dari saya juga.

    ReplyDelete