**********************************************
Semalam selepas sessi haiku, saya balik rumah dengan perasaan sungguh murung.
Kecewa dengan diri sendiri. Malu pun ada. Rasanya ingin saja berhenti dari kumpulan haiku ini dan masuk jadi ahli di kumpulan lain.
Kumpulan haiku semalam bernama Teruru Gendai Haiku lebih banyak ahli lelaki dari kumpulan lain. Saya pula lebih senang dengan kumpulan yang banyak ahli puan. Tapi sejak tahun baru ini banyak lelaki masuk kumpulan Teruru.
Sebenarnya haiku yang diilhamkan orang lelaki kadang-kadang saya rasa ganjil dan jenis seksual. Lebih pada erotisma.
Mereka berani mengeluarkan haiku jenis begini. Tidak sedikit pun rasa malu atau segan, kot rasa takut orang lain akan fikir mereka jenis gila seks atau kot rasa takut ahli lain akan pandang mereka serong.
Haiku karangan saya pula belum sampai tahap yang menceritakan erotisma atau jenis bertemakan seks. Perkataan yang mereka gunakan dalam haiku juga bukan yang selalu digunakan dalam bahasa harian. Itu yang menyebabkan saya selalu salah dalam mentafsirkan haiku-haiku karangan orang lelaki miang-miang dalam kumpulan Teruru.
Saya ambil contoh ini, harap jangan ketawa sebab saya sangatlah serious. Sudah cukuplah saya diketawakan oleh mereka yang miang-miang semalam sampai menjadi murung tahap kaca jatuh berderai.
atau
Buah papaya bak buah zakar kambing pabila masak.
Saya memberi undi pada haiku ini. Sesiapa yang memberi undi pada haiku orang lain, harus membuat ulasan haiku itu dalam sessi.
Waktu saya memberi ulasan haiku ini, banyak ahli lain ketawa terbahak-bahak. Benci woh, rasa nak lari masuk ke perut ibu semula.
Sebelum memberi undi pada haiku ini, saya pastikan perkataan fuguri.
Fuguri sesuatu yang bulky atau swollen, berat dan bergantung. Kamus tidak nyatakan itu buah dada atau buah zakar.
Jadi saya fikirkan buah dada. Jauh sekali untuk saya memikirkan yang fuguri itu boleh mengambil metafora buah zakar dalam haiku ini.
Ok, saya jadi bahan tetawa dek ahli-ahli miang semalam.
Saya masih lagi rasa kureng hari ini, rasa hilang semangat membuat haiku. Saya fikir, saya harus "if you can't beat them, join them" mencari teknik metafora erotisma juga untuk menaikkan taraf haiku.
Yang saya rasa pelik, tema haiku yang memetaforakan erotisma selalunya dapat undi yang banyak, macam jadi trend pula.
Tanya sama itu kambing jantan..
hmm.. tak tau apa nak cakap. ni mesti kes dah lama tak dapat. OOOppss. :p
ReplyDeleteSalam Kak Lela...bab nak masuk ke perut ibu kembali tu sungguh kelakar. jangan mengalah Kak Lela...beat them!!!!
ReplyDeletesalam USH,
ReplyDeleteI know I can't beat them but at least I want to be on equal level with them. It is very, very hard.
The process of writing haiku in Japanese is more than the normal language learning.
I need to know the twisting world of haiku, writing one sentence and seeing it in 2 and 3 dimensions.
It is mind-bogging and heavy.
By the way, I hope you will get my haiku book ;-)
dont join them kak lela. Zar cukup menyampah kalau orang bergurau atu buat joke dengan benda benda atau perkara erotic ni.
ReplyDeleteKesian, kambing jugak yang dapat nama...:)
kak lela, sepatutnya sekrg saya kena jaga jgn bagi tekanan pada uterus saya... tapi entri akak ni mmg betul-betul buat saya ketawa tak ingat punya...
ReplyDeleteSaya pun tumpang konfius pagi ni ;-) is it that big? Hahahaa...
ReplyDeletesalam cik sri,
ReplyDeletepapaya? adalah sebesar yang di tanam lobai Pak mat yang tinggal hujung kampung tu ;-)
salam azra,
ReplyDeletejaga uterus tu baik-baik, jgn kotawo!
salam zar,
lelaki yang suka benda-benda erotisma itu jenis yang gataa!
Tadi pikir juga kenapa kak lela letak topick camtu. rupanya pasal haiku..saya bole bayangkan muka kak lela merah padam.. lawan kak lela.. jangan tak lawan..
ReplyDeleteklela, nina dah tak cokop mulut dah *ketawa golek2*
ReplyDeleteditambah lg komen kak Sri.. adui sakit pewot haku daaaar =))
btw harap kawan yg satu lagi dpt beli haiku itu
tumpang tanya 'haiku' tu ape ek sebenonye?jgn mare ek..saya baru disini....
ReplyDeletesalam nina,
ReplyDeletesiapa nama kawan itu, kalau belum dapat jahrera boleh hantarkan melalui pos dari Perak.
salam perkenalan tulipurple,
ReplyDeletePantun asal dari orang Melayu sama juga haiku asal dari orang Jepun.
Kalau nak tahu lebih lanjut, sebelah kanan ada buku haiku baru terbit, buat pesanan dan dalm situ, saya ada tunjukkan adat-resam mengkaryakan haiku dalam BM.
klela kawan nina editor PTS, mungkin dah dpt kut, hari jumaat dia dh call di pinggiran. Kita cuma tunggu kapal sampai ~ahak~ Thanks dear
ReplyDelete