"Watch your thoughts, they become words/ Watch your words, they become actions/ Watch your actions, they become habits/ Watch your habits, they become character/ Watch your character, they become destiny."/ by unknown writer.
**************************************
Sayugia diingat bahawa dalam Islam hari tidak dikira bermula mulai detik 12.01am, sebaliknya sebaik terbenam matahari...ini saya petik dari blog MBA tanpa izin.
Harap dia faham sebab nak balas dendam kat dia bila dia upload gambar saya tak minta izin juga. Kira sana kosong dan sini pun kosong untuk tahun Islam 1428.
Saya juga memang rasa boring pada orang yang mengikut waktu bukan Islam.
Adakah mereka kata jam 2 dalam pekat malam itu pagi?
Pada pengiraan Islam asalkan saja lepas maghrib itu dipanggil malam dan sebelum waktu suruq itu masih malam. Gelap, mestilah malam.
Takkan gelap-gelap di panggil pagi?
Permulaan hari baru dan pengiraan kalendar baru untuk hari Islam ialah selepas maghrib bukan macam orang putih atau pengiraan antarabangsa yang kata jam lepas 12 mlm jadi pagi.
Hari Islam bermula dari maghrib ke tamat asar.
Jadi hari ini lepas maghrib, masuklah tahun baru Islam Muharram 1429.
Saya ucapkan pada pembaca Islam Selamat Tahun Baru Hijrah.
Hijrah ke mana? Hari-hari, bukan tunggu tahun baru saja, saya buat penghijrahan. Dari segi kesihatan, kedamaian rumah-tangga, pertingkatan iman, pencapaian ilmu dan kebaikkan peribadi.
Kakiku kaku.
Ini salah satu usaha ke arah kesihatan...menghilangkan kaku di kakiku.
p/s: MBA, kosong-kosong ye!
Wednesday, January 09, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam awal muharram juga untuk kak lela.. semoga di berikan kesihatan untuk beribadah dan berblog..
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru Hijrah Kak Lela.
ReplyDeleteSaalam Maal Hijrah Kak Lela
ReplyDeleteJangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun
selamat tahun baru kak lela.. dan kirim salam gambatte kat tomo-kun. saya doakan tahun baru yg lebih ceria, bertambah rezeki, bertambah amal, meningkat iman, meneguh taqwa, meninggi ilmu dan dalam redha dan diberkati Allah sentiasa...
ReplyDeletesalam ummi,
ReplyDeletesekarang ada di mana? Abud dhabi ke Msia? Kejap sana, kejap sini...
Wah, ummi doakan k lela sihat supaya boleh terus berblog, ini mesti peminat susah-mati (die-hard fan), hehehe
Salam lina,
selamat tahun baru hijrah untk lina sekeluarga juga,
meh, kita berhijrah...
salam zar,
ReplyDeletedah k lela dah buat benda yg zar pesan, baguslah ada kawan yg saling ingat-mengingati. Hampir lupa k lela, bila baca pesanan k lela, baru kelam-kabut cari buku doa.
salam azra,
jazakAllah kharan banyak2. K lela perlu tadah semua doa2 yang azra buat itu dalam bakul, takut melimpah berterabur ke bawah, rugi...rugi.
Halela dan yang lain-lain; Saya harapkan di tahun baru ini hidup kita semua akan lebih berkat, dilimpahi rezeki yang lebih dan diberi kesihatan berkekalan supaya kita boleh melakukan ibadah dengan lebih sempurna. Jangan lupa juga puasa sunat Muharam.
ReplyDeletesalam maal hijrah untuk sri diah sekeluarga juga.
ReplyDeleteTerima kasih, doakan yang baik utk semua pembaca sini.
Memang betul, kesihatan itu teramatlah penting.
Sri tahu tak? dua hari lepas, lutut ini tetiba cramp. Tak jatuh, tak apa...jadi cramp saja.
Solat serba susah.
Saya rehat satu hari dan hari ini saya gayoh basikal senam setengah jam dan rendam kolam panas 2 jam...
alhamdulillah ok.
Hish...kenalah jaga kesihatan dgn teliti lepas ini.
Kak lela...
ReplyDeleteSalam Maal hijrah juga dari kami sekeluarga.
Semoga dan semoga dan semoga jugaaaa
saya menyambut tahun hijriah yang baru bersama emak dan ayah di kawasan penempatan saya yang baharu - di Melaka.
ReplyDeletePuan Halela,
saya melakukan hijrah besar ke tempat yang lebih kecil ... sangat besar cabarannya mengajar di sebuah kolej kecil yang begitu bertuah menerima saya sebagai warganya, InsyaAllah.
salam tahun baru.
aminahjazilahabubakar
KakLela,
ReplyDeleteberjuta salam
satu doa
Allah Maha Perkasa
berpaut padaNya
kita ada satu salam
dan berjuta doa
Redha & PetunjukNya
duniaNya, akhiratNya
Amin
salam 1429H klela, hijrah kemana? rasanya memang nina perlu berhijrah. Berhijrah untuk lebih memanjakan diri nak tiru orang jepon sehatkan mental dan fizikal. Dah lama dera diri sendiri. Berdiri lebih 5jam sehari dluar kawalan capcity yang di hadkan :p kakiku kaku
ReplyDeleteklela, kawan kita tak sempat beli sebab tak ade kat kedai HAIKU itu. Bila nak beli online, kena Q panjang kat bank, so tak dapet lah kita :(
ReplyDelete