Wednesday, February 25, 2009

Tatkala berulam pucuk...

Inilah pucuk-pucuk yang digunakan dalam ulam dan salad untuk hidangan kami berdua.
Berbagai daun letus dan daun salad kami tanam di belakang rumah. Kalau perhatikan pohon di tengah itu ialah anak durian belanda.

Ini pucuk shungiku (corn marigold) atau sejenis bunga kek wa.

Ini pula daun mitsuba atau saya gelarkan sebagai daun pegaga Jepun.


Mitsuba atau pegaga Jepun setelah digoreng bersama daging kambing untuk menghilangkan bau. Kicap manis daging kambing bersama mitsuba dan kentang.
Yang di sebelah itu sop ubi keledek bersama sohoon dan kobis panjang.
Selepas 3 hari, 3 malam bermakan-makan petai sebanyak 5 papan, saya menerima satu bencana. Saya salahkan diri ini. Bukan petai yang tidak bersalah itu.
Bencana itu melanda dan menumbangkan diri ini selama 6 hari. Dalam keadaan melepek dan berpucat muka, saya membawa jasad yang longlai ini berjumpa seorang pakar kesihatan.
Alhamdulillah, saya tidak melepek lagi dan wajah ini kembali berwarna semula tapi seumur hidup yang berbaki ini, saya akan menikmati petai hanya dari jauh sahaja.

6 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Lela

    PETAI bersihkan isi perut!

    saya dilarang husband makan PETAI , anak ramai kalo mak nyer TUMBANG , susah ooOooOo!
    makan PETAI perut jadi memulas2 2-3-4 hari!
    habis cuci satu perut!

    tapi PETAI jalo dapt sekali makan ...NIKMAT nya tak terkata!

    ReplyDelete
  2. kak lela

    tak tau pulak makan petai menjadi musibah. mungkin sebab "terkejut" agaknya atau terlebih makan.
    ada org kata "too much of good things is bad for you". betul ke tidak entah le.

    ReplyDelete
  3. puan.. that must be petai tua. experienced the same before. husband said that petai tua banyak gas and shouldn't be eaten too much sekali makan, enough 3-4 ulas (he is very well-versed with petai since keliling rumah @ howetown dia adalah pohon petai). anyway, thank God you're OK now. take care.

    ReplyDelete
  4. salam kak lela...

    menarik blog ni...psl jepun...sy pun interest ngan jepun ni...terjumpa blog ni plk ..kaka lela tingal kt jepun ker..

    ReplyDelete
  5. harap akak dah sihat kembali...

    ReplyDelete
  6. zar baru jer belasah petai dengan smabal tempoyak di rumah mertua semalam..

    tapi bak kata org org tua, makan berpada pada..

    so kak lela, rest bebetul.. jauhilah petai..

    ReplyDelete