Tuesday, May 25, 2010

Aku bukan Okama!

Mikawa Kenichi

Lepas ambo keluar dari dewan mandi, ambo menghala terus ke Relax Room. Dalam kamar ini, kami boleh baring-baring berlama-lamaan. Ada kerusi malas yang boleh direbahkan menjadi pangkin tidur.

Dua orang empuan dalam 60 tahun, menoleh ke arah ambo.
Seorang berkata, "Ingatkan engkau Mikawa Kenichi!"

Kening ambo terjungkit! Apa engkau ingat aku ini pondan ke?
Dengan menguatkan suara, ambo kata, "Kan kita dah mandi bersama, apa pulak aku ini Mikawa Keninchi!"
Nada ambo serius.

"Pakaian engkau macam Mikawa!" sorang lagi tambah.
Dahlah, malas betul ambo melayan orang-orang Jepun!

Salah seorang watak dalam novel Pulut sakura serunding kasih, ambo jadikan dengan meniru gaya Mikawa Kenichi.

Sebenarnya Mikawa lelaki tulen (setakat mana ketulenan, ambo belum pasti hehe), pada awal dia meneroka dunia hiburan. Tapi semuanya bertukar apabila kedudukannya dalam carta hiburan naik melambung setelah dia beraksi dengan pakaian perempuan, dia terus kekalkan gaya perempuan dan menampilkan pakaian seksi hingga mutakhir ini. Tapi orang kata (orang yang kata bukan ambo!), dia masih lelaki tulen.

Tak kisahlah apa Mikawa Kenichi buat tapi suka-suka kata ambo ini pondan macam Mikawa, itu sudah melampau!

***********

1 comment: