Etiquette atau etiket (kalau salah sebut terjadi air ticket!).
Mengikut kamus Dewan Bahasa etiket bermaksud adat dan peraturan berkenaan kesopanan (terutamanya dalam kehidupan sosial atau dalam profesion tertentu).
Di Jepun, etiket dalam segala hal kehidupan ada dicatatkan dalam buku. Etiket mengunjung/menziarah, etiket tuan rumah menyambut tetamu, etiket perkabungan, etiket majlis minum teh dan banyak lagi.
Adakah etiket-etiket kehidupan orang Melayu sudah dibukukan untuk menjadi contoh/tauladan bagi generasi akan datang? Atau masih dan hanya disebarkan dari mulut ke mulut? (Mungkin saya belum terjumpa buku etiket ini, kalau ada tolong sampaikan.)
Orang muda disayangi, orang tua dihormati.
Saya tidak faham perangai orang-orang muda sekarang. Masa saya muda dan masih lakukan sekarang, saya teruskan hubungan dengan orang-orang yang saya kenal, baik dari dalam negara mahupun di luar negara. Bukannya saya baik sangat tapi itulah saya...
Masa saya muda belum ada kemudahan komputer. Saya sanggup menulis beberapa keping poskad atau surat menanyakan khabar, pergi ke pejabat pos, beratur beli setem dan tunggu balasan mereka. Panjang betul proses tapi kerana hormat kepada mereka dan mengenangkan jasa mereka yang sudi menghulur bantuan kepada saya dan keluarga saya masa bersama mereka, itulah saya sanggup lakukan segalanya. Apatah lagi dengan kemudahan alat penghubung seperti komputer sekarang, lagilah senang untuk menghantar sepatah ayat komunikasi,barang sepatah pun jadilah...
Orang-orang muda sekarang berbeza dari zaman saya. Tak perlulah beri alasan kerjaya dan berbagai. Segala kebaikan datang dari hati suci/murni. Tak perlu beralasan.
Pada saya dengan hanya sepatah ayat..."kak leyla buat apa?" hati ini akan terbuka dan menyayangi mereka.
Orang muda disayangi, orang tua dihormati...
*******
Wednesday, September 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam auntie,
ReplyDeletesaya suka dengan post ini kerana kadangkala saya juga ada terasa sebegini.
Assalamualaikum.
ReplyDeletePuan Halela buat apa?
- Aminah Jazilah Abu Bakar :-)
Melaka
Azra,
ReplyDeleteHah, sampaikan azra yg baru pun terasa ini! Jadi bukan aunty saja terasa, kan?
Aminah, org melaka.
ReplyDeleteKhabar baik seada-nya, TK sudi bertanya.