Thursday, October 14, 2010

Kui

"Mano poi eh kui padi dopan ghumah?"

Setakat ini, belum ada orang berani menjawab soalan ini apabila saya masukkan di dalam Facebook.

Mungkin ini kerana:

1] Ada pembaca beranggapan ayat ini bukan dalam Bahasa Melayu.

2] Ada pembaca tidak faham Bahasa Noghori.

3] Ada pembaca faham Bahasa Noghori tapi tak tahu apa itu "kui".

4] Ada pembaca memang faham Bahasa Noghori dan tahu pula makna "kui" tapi memang tak tahu jawapan pada soalan ini.

Satu lagi tentang usul-usul perkataan.

"Beca" berasal dari Bahasa Inggeris yang dicampur-adukkan dari perkataan "rickshaw".
Tapi "rickshaw" bukan juga berasal dari bahasa Inggeris.

"Rickshaw" keluar dari lidah cair yang mengalir dari perkataan asal "ricksya".

"Ricksya" pula dipendekkan dari perkataan "jinrikisya!"
 
"Jinrikisya" atau 人力車 (bahasa Jepun) yang bermaksud 人 orang, 力 tenaga, 車 kereta. Cantumkan menjadi orang-tenaga-kereta.

Huraiannya menjadi kereta yang mengguna tenaga orang...beca!

"Mano poi eh kui padi dopan ghumah?"

*******

17 comments:

  1. Mana pergi eh kui padi depan rumah? mcm tu ke Kak Leyla?

    ReplyDelete
  2. hahahahaha *gelak sakit pewot* kleyla ni ada2 saja. Ingatkan maksudnya "mana pergi padi depan rumah".

    Tapi kita dpt ilmu gak.. terimakasih kongsi bahasa jepun ngan noghori tu.

    psssttt character Y terbalik tu... nina tahu, kalau character cina berbunyi ren = orang, serupa kan?

    ReplyDelete
  3. Den tak paham bahaso Nogori. kui kui kui. XD

    Saya baru tahu rickshaw berasal dari Jepun masa hari tu melawat Muzium Negara. Lepas tu, Kak Lela pula beri komen di blog saya. Dapat ilmu baru tentang asal-usul "kui" ni. :)

    ReplyDelete
  4. salam rose,

    Ye betul.
    Mana pergi ye kui padi depan rumah?

    ReplyDelete
  5. salam Nina,

    Kui padi tidak ada kaitan dgn jinrikisya.
    Orang perak panggil "jelapang padi", orang melaka panggil "kui padi". Ini adalah tempat/bekas besar untuk menyimpan beras. Dulu2 setiap rumah di kampung (Melaka, tempat lain pun) mesti ada kui ini. Mereka letak depan rumah. Sekarang orang kampung tak lagi ke bendang. Beras semua beli saja. Mereka robohkan kui ini.
    Ada satu malam akak bertanya dlm mimi..."Mano poi eh kui padi dopan ghumah!" tapi tak ada sesiapa jawab dlm mimpi itu.

    Ye 人 itu hito atau nin atau ningen. Orang Mandarin sebut "ren". Maksudnya sama manusia, orang, insan, dan sewaktu dgnnya.

    ReplyDelete
  6. salam lina,

    kui itu tempat/bekas menyimpan padi. Atau orang Perak panggil jelapan padi. Dulu2 setiap rumah di kampung Melaka ada kui. Mereka letak depan rumah, ternaik sedikit supaya tak kena air bila banjir.
    Sekarang tak ada kui lagi. Agaknya orang Trengganu dan Kelantan panggil lain.
    Ada satu malam k leyla bercakap dlm mimpi..."Mano poi eh kui padi dopan ghumah?" itu yang masukkan dlm blog.
    Perkataan "Kui" itu lama kelamaan akan hilang dalam kamus orang Melayu. Ia loghat Noghori.
    Itu yang masukkan sini untuk mengabadikan perkataan ini.
    KUI, KUI, KUI.

    Jinrikisya tidak ada kaitan dgn kui.

    kui, kui, kui....

    ReplyDelete
  7. "Habeh dah den ghobohkan eh kui padi tu haa. Dah tak do guno eh dah. Buek menyomak yo..."

    hehehe..ok tak jawapan ni?

    ReplyDelete
  8. salam mushroom cute,

    eh, eh, oghang Pulau Pinang nun jauh kek utagrak habag loghat noghori.

    kuixkuixkui.

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Saya paling tak reti nak paham bahasa negeri 9...tolong tunjuk ajar ;)

    ReplyDelete
  10. Akak jangan tak tahu saya ni membosa kek Tampin.Sekolah kek kolopilah. Pehtu kek Podeh plak..Penang ni baru jer 11 bulan...heheheh

    ReplyDelete
  11. owh gitu maksudnye ye. benkyou ni natta wa.

    ReplyDelete
  12. Oh tempat simpan padi. Di brunei kita panggil Durong atau bahasa orang darat; duwong. Menarik jugak cerita ni :)

    ReplyDelete
  13. salam anyss,
    senang saja...belakang semua masukkan 'o'.
    semua-semuo
    apa-apo
    bila-bilo
    ada kes pula...gemuk-gomok
    bela-bolo
    tak kuasa-tak koso

    gitulah hendaknya.

    ReplyDelete
  14. mushroom kawai.

    yo ko? elok2 dok kek pulau pinang tu.

    ReplyDelete