My writing in English is after the Malay words.
Batu puisi
Tanya kepada sesiapa yang pernah datang ke Jepun. Adakah mereka pernah melihat batu-batu yang ada catatan dalam tulisan kanji. Mesti pernah. Kepada orang yang tidak kenal tulisan kanji, mesti tidak faham akan tulisan yang terpapar pada batu-batu yang berdiri itu.
Pada mula berpindah ke negara ini, saya fikir apa yang tercatat pada batu itu mungkin ayat-ayat mantera penganut shinto atau Buddha.
Setelah beberapa lama baru saya difahami ayat-ayat yang diukir pada batu-batu itu adalah rangkap-rangkap puisi.
Setelah berkecimpung dalam dunia haiku dan tanka (salah satu bentuk puisi Jepun), baru saya difahamikan batu-batu yang didirikan pada lokasi-lokasi yang strategik adalah ukiran puisi-puisi dari sasterawan ternama dalam sejarah sastera Jepun.
Puisi-puisi yang dicatatkan pada batu-batu ini terpilih di antara karya-karya yang terkenal dan mengandungi mesej-mesej nasihat atau menguatkan semangat untuk dicontohi.
Saya teringat sebuah buku yang mengalu-alukan rangkap-rangkap pantun dijadikan seperti ini di Malaysia (penulisnya dari Malaysia). Sebenarnya cadangan penulis buku itu sungguh mulia. Inilah salah satu cara bagi menerapkan bahasa dan budaya atau menonjolkan karya-karya sastera kepada khalayak ramai. Setakat ini belum pernah saya lihat batu yang diukir dengan pantun atau kertas iklan yang bertulis puisi di mana-mana kenderaan umum atau tempat umum di Malaysia.
Berbalik kepada cerita saya, gambar ini mengandungi serangkap tanka karya dari salah seorang ternama di pulau ini.
Inilah yang diukir pada batu itu. Sebuah tanka.
Di lereng gunung
berkuntum dengan megah
Si Azalea
buat selama-lama
tinggal dalam kenangan.
********
Anybody who have been to Japan would surely have seen such stones as in the picture above. For people who cannot read the Japanese kanji character, those words might mean some Buddhist mantra or Shinto incantation.
I thought that was so during my early living in Japan.
This is not likely so, as the Japanese are people who feel religion is a private matter and cannot be imposed on another person so publicly.
Actually, I came to know this information after I was active writing haiku and tanka, that those words written on the standing stones are poems of famous people, past or present. These poems are selected for their inspirational messages or message of hope.
Written on the stone is a tanka.
Over the mountains
blossoming in full glory
The Azalea
remaining for a long time
in the looker's memory.
******
Monday, April 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sungguh berseni :)
ReplyDeletePuan Leyla :
ReplyDeleteKeadaan di Malaysia (agak) berbeza. Pihak penguasa di Jepun (tentunya) miliki kesedaran dan minat mendalam dalam seni persuaratan (seperti puisi yang puan sebutkan itu). Saya tidak tahu berapa orang dari golongan pihak penguasa Malaysia yang mempunyai kesedaran dan kecintaan seperti itu. Hanya Allah yang Mengetahui. Wassalam.
i like..
ReplyDelete