Saturday, August 11, 2012

SUKMA BASHO DALAM HAIKU


Setiap yang kita hasilkan ada cerita atau kejadian di sebalik tabirnya. Atau dalam pembikinan filem, ia lebih dikenali dengan kosakata "the making of..."
Saya ingin menarik tirai buku yang baharu diterbitkan oleh ITBM bulan Ogos ini. Tajuk buku itu SUKMA BASHO DALAM HAIKU.

Dalam persidangan haiku yang saya hadiri setiap bulan, saya mendengar dengan iri ahli-ahli lain mengulas haiku dari para penyair terkenal di Jepun. Salah seorang dari penyair terkenal ini ialah Matsuo Basho. Saya mengeluh, kebanyakan orang di Malaysia yang mengenali Basho hanya mengetahui satu sahaja karya beliau. Haiku yang terkenal dalam kalangan orang Melayu ialah haiku seekor katak yang melompat dalam kolam di persekitaran bening alam. Saya terfikir walhal Basho mengilhamkan sejumlah lebih dari 1000 rangkap haiku.

Dari sini sesuatu terdetik dalam hati saya. Saya harus melakukan sesuatu untuk berkongsi ilum ini. Saya mulakan dengan mencari bahan, buku rujukan dan teks Basho. Dalam diam, pada awal tahun 2007, bermulalah proses pentermahan haiku Basho.

Pada 17 Julai 2008, saya bersama empat orang termasuk En. Darma Mohammad dan En. Wan Rafar melangkah ke bangunan ITBM. Dalam mesyuarat bersama Puan Siti Rafiah dan Puan Jurina, saya menyuarakan niat untuk menterjemahkan sejumlah haiku karya dari Basho. Mendapat sokongan dari pengawai-pegawai ITBM, saya mulakan proses jerih dan lama ini.

Sebelum perjumpaan ini saya telah mengkirimkan proposal pada 14.4.2008.
Dua tahun kemudian manuskrip terjemahan akhirnya lengkap dan dikirimkan pada tarikh 7.3.2010
Pun begitu 5 bulan berlalu dan saya tidak mendengar sebarang berita, langsung saya menanyakan perkembangan projek ini.
Pertanyaan ini membawa respons yang mengatakan projek ini akan dibawa ke Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemilihan Judul Buku.

Saya menunggu selama 6 bulan untuk mendapatkan maklum lanjut. Kali ke-dua, saya menanyakan perkembangan projek ini pada 11.3.2011.
Tiga hari seterusnya, saya mendapat laporan bahawa projek terjemahan ini telah diluluskan untuk penerbitan.

Pun begitu, saya tidak dengar apa-apa berita selama 4 bulan selepas ini. Untuk kali ke-tiga, saya menanyakan perkembangan buku ini.
Saya dimaklum bahawa projek ini tersangkut sebab saya perlu memastikan Hak CopyRights dari penerbit asal dari buku yang saya gunakan sebagai rujukan.
Saya mencari penerbit buku rujukan itu dan menghubungi syarikat yang menerbitkan buku rujukan itu.
Pada tarikh 30.9.2011, saya dimaklumkan daripada penerbit syarikat buku rujukan ini darihal  kelulusan Hak Cipta. Dengan besar hati syarikat terbitan dari buku rujukan itu menyokong dan mengalu-alukan projek terjemahan ini.

Selama 5 bulan setelah mendapat kelulusan Hak Cipta, saya terpaksa membuat pertanyaan kali ke-4 darihal perkembangan buku ini.
Pada 7.3.2012 tahun ini, sekali lagi pihak ITBM mohon pengesahkan Copyrights dan saya menghantar bahan2 berkaitan.

Selanjutnya dari tarikh 26.3.2012, bermulalah perbincangan dan penyuntingan buku ini. Proses penyuntingannya melibatkan beberapa orang sasterawan dan salah seorang ialah Tuan Baha Zain.
Pada 21.5.2012, bermula proses semakan perinci. Selanjutnya pembikinan blurb dan sinopsis.
Akhirnya pada 11.6.2012 selesai segala proses penyuntingan.

DAN...alhamdulillah...akhirnya matlamat saya tercapat. Matlamat memandaikan bangsa.
8.8.2012 buku ini disusun dalam kedai buku ITBM.
Saya ingin titipkan rasa penghargaan kepada semua staf ITBM yang terlibat dalam penerbitan buku ini, hendak-hendak lagi CikPuan Basitah yang bertungkus lumus bersama saya. Semangat buku ini berbenih dari saya namun apalah saya tanpa kalian semua.

SUKMA BASHO DALAM HAIKU: hasil keringat saya bersama En Darma Mohammad yang mengambil masa 5 tahun. Hanya Tuhan yang tahu jerih usaha kami bermalam-malaman agar dapat kami hasilkan buku ini.

Boleh dapatkan buku ini online dari kedai buku ITBM: http://ecommerce.itbm.com.my/ms/node

Sukma Basho dalam Haiku menghimpunkan 400 buah haiku karya Matsuo Basho (1644-1694), iaitu penulis haiku Jepun terulung.

Antologi ini meluahkan suara hati beliau terhadap fenomena alam sekeliling sepanjang pengalaman merantau ke daerah pedalaman Jepun dan diungkapkan dengan penuh puitis melalui bahasa yang berkias.

Terjemahan haiku ini menghidangkan kemurnian puisi dengan mengekalkan keaslian haiku Jepun baik dari aspek isi mahupun teknik. Selain itu, teks asal dalam bentuk kanji turut dipaparkan buat peminat bahasa jepun di Malaysia.

======

5 comments:

  1. Tentu sekali buku ini menjadi sejarah tersendiri dalam penerbitan haiku berbahasa Melayu, diterjemahkan langsung dari bahasa Jepun oleh seorang yang amat mesra dan meminati bentuk puisi klasik ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah, semoga ilmu dalam buku ini memberi manfaat kepada peminat haiku rakyat Melayu selama-lamanya, amin.

      Delete
  2. Aunty Leyla,

    tahniah atas kelahiran buku yang manis sekali ini. Saya sudah mendapatkan naskhah peribadi minggu lalu. Inshaallah akan meladeninya seperti selayaknya.

    Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kemaafaan dipohon juga.
      nampaknya sdr Becky telah bubarkan akaun dalam Facebook.
      Tidak mengapa, dunia buku di Malaysia kecil sahaja. Angin sastera tentu akan membawa berita jauh ke pulau ini.

      Delete
  3. Setinggi tahniah atas kelahiran buku yang menarik ini.Segala titik keringat Pn.Leyla Shuri dan Sdra.Darma Mohammad telah mendapat hasilnya.Semoga memberi menafaat kepada peminat haiku..Aamiin.

    ReplyDelete