Hari ini 20.12.2012
Cantiknya susunan nombor tarikh ini. Jangan sangka saya ada ilmu apa-apa dengan nombor, itu adalah perkara syirik. Kita dilarang mengharapkan nombor atau benda-benda buatan Allah boleh memberi nasib baik atau rezeki. Cumanya saya suka saja nombor tarikh hari ini, sama seperti saya suka merenung bunga-bunga, anak-anak kecil, bulan penuh mengambang dan digalakkan masa merenung itu kita wirid. Wirid menyebut nama Allah, mengenal kebesaran-Nya dalam wirid-wirid itu.
Orang-orang yang lahir pada tahun 40'an, 50'an dan 60'an, mesti akan terkenang bila melihat gambar ini.
Itu seorang apek (ada yang muda juga) menjual ais krim roti. Roti itu diselitkan air krim. Ini satu-satunya kegemaran saya masa kecil. Bila terdengar bunyi kling-kling, saya berlari masuk, minta emak duit lima sen. Tapi penjual begini kita tak jumpa lagi. Saya pula memikirkan manisnya ais krim itu dan lain-lain dalam makanan itu, sudah tak berani lagi makan ais krim roti.
Tapi pada percutian saya bulan lepas, saya terjumpa seorang apek tua yang menjual roti ini di kawasan pasar mega NTUC, Bedok.
Saya sedang lapar selepas balik dari pejabat pos tengah hari bersama pembantu yang bertugas di rumah adik saya. Sebab ais krim roti kesukaan saya dan saya sedang lapar tapi tak mahu masuk kedai-kedai makan dan bergasak-gasak memilih tempat duduk masa orang makan tengah hari, jadi saya minta apek itu beri 2 potong roti ais krim. Apek ambil duit dan
saya ternampak kuku apek hitam. Sebelum itu saya lihat apek baru pegang kain kotor, lap sana
sini, lepas itu dia ambil roti dan guna jari selitkan air krim dalam
roti.
Maid berbisik "Mak Long, apek itu
kotorlah". Tapi saya lapar, makan saja huhuhu.
Sumber foto dari en. Mohammad Ramli Mohammad Saad (Kumpulan Facebook Geylang Serai dalam kenangan- 20.12.2012)
******
Thursday, December 20, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment